Yaman : Pulau Socotra yang aneh

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Republik Yaman

Yaman adalah sebuah negara arab yang terletak di Barat Asia di selatan semenanjung Arab. (Selatan Arab Saudi). Nama rasmi bagi Yaman adalah Republik Yaman. Yaman bersempadan dengan Arab Saudi di utara, Laut Merah di Barat, Teluk Aden dan Laut Arab di selatan dan Oman di timur laut.
Bahasa rasminya adalah Arab dan Yaman adalah negara ke 49 terbesar di dunia dengan keluasan 527,970 kilometer persegi. Ibu negara Yaman adalah Sana’a salah satu bandar tertua di dunia yang masih diduduki sampai sekarang. Sana’a juga adalah antara bandar yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 2300 meter dari paras laut.

2. Pulau Socotra

Tumbuh tumbuhan dan haiwan di Pulau ini sangat unik dan ganjil. Habitat di sini telah beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang panas, kasar dan angin yang kuat menjadikan ia kelihatan seperti dalam filem sains fiksyen. Pulau ini dikatakan terpisah dari benua Afrika diantara 6 ke 7 juta tahun dahulu dan telah di anugerahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada bulan Julai 2008.

3. Saltah

Saltah dianggap sebagai makanan rasmi bagi negara Yaman. Ia dimakan dan dimasak secara meluas di utara Yaman. Ia berasaskan daging rebus yang dipanggil maraq, ‘fenugreek froth’ dan sahawiq atau sahowqa (campuran cili, tomato, bawang putih dan herba.

4. Qat

Qat adalah sejenis dadah rekreasi yang popular di Yaman. Qat mempunyai kesan yang sama dengan amphetamine. Kunyahan Qat bermula selepas makan tengah hari di dalam bilik yang berbeza bagi lelaki dan perempuan. Daun Qat dipetik dan dikunyah secara perlahan sehingga membentuk gumpalan di pipi. Aktiviti ini dianggap sebagai aktivit sosial bagi masyarakat di sana. Ibarat menguyah daun sireh di sini.

5. Kopi Mocha

Dikatakan kopi Mocha diambil nama sempena nama sebuah tempat di Yaman iaitu Bandar Mocha. Bandar Mocha adalah kawasan perdangan kopi yang terkenal pada abad ke 15 sehingga abad ke 18. Biji kopi Mocha yang dihasilkan disini mempunyai rasa yang unik.

Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang Yaman, bolehlah berkunjung di laman web ini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •