Zimbabwe : Perut buncit tanda sihat dan kaya

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1. Air Terjun Victoria

Salah satu air terjun terbesar di dunia adalah Air Terjun Victoria yang terletak di barat laut Zimbabwe.Sungai yang mengalir ke Air Terjun Victoria adalah Sungai Zambezi yang membentuk sempadan antara Zimbabwe dan Zambia. Suku kaum Kololo yang tinggal di sekitar Air Terjun tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai ‘Mosi-oa-Tunya’ yang bermaksud ‘Asap yang Mengegar’. Dikatakan bunyi air terjun dapat didengar sehingga 40 kilometer jauh. Air terjun ini yang setinggi 108 meter dan senesar 1688 meter dinamakan sempena Pemaisuri Britain iaitu Victoria.

2. Robert Mugabe

Presiden Zimbabwe iaitu Robert Mugabe adalah antara pemerintah yang paling tua di dunia. Mugabe lahir pada tahun 1924 dan menjadi presiden pada tahun 1987.

3. Perut Buncit

Di Zimbabwe, lelaki yang mempunyai perut buncit dianggap kaya. Perut yang buncit menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai kewangan yang stabil dan mampu untuk membeli makanan setiap hari.

4. Tasik Kariba

Tasik Kariba adalah tasik buatan manusia yang paling besar di dunia dari segi kuantiti. Tasik Kariba adalah sepanjang 1300 kilometer. Air memenuhi Tasik Kariba pada tahun 1958 hingga 1963 selepas siapnya Empangan Kariba.
Kuantiti air di Tasik Kariba adalah 3 kali ganda lebih banyak dari Empangan Three Gorges yang terletak di Sungai Yantze, China. Kuantiti air di Tasik Kariba adalah sebanyak 200 bilion tan.

5. Jangka Hayat

Penduduk Zimbabwe adalah antara penduduk yang paling rendah jangka hayat di dunia. Untuk perempuan kadar jangka hayat hanya 58.7 tahun dan lelaki hanya 57.3 tahun (2016)


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *