10 Printer terbaik Malaysia 2021

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Printer terbaik Malaysia
Printer satu keperluan di musim Pandemik

Pengunaan Printer semakin hari semakin meluas. Tambah-tambah lagi musim pandemik Covid-19 ini. Ramai yang melakukan kerja di rumah dan sudah tentu perlu menggunakan printer untuk mencetak kertas kerja, dokumen ataupun assignment.

Golongan yang sesuai untuk membeli printer adalah golongan pelajar, guru dan pekerja yang perlu melakukan kerja di rumah (work from home)

Tidak perlu printer yang terlalu mahal bagi mencetak dokumen lainlah anda seorang pereka grafik yang memerlukan printer yang dapat memberikan hasil yang cantik.

Cukup sekadar dapat mencetak hitam putih, tahan lama dan yang paling penting ink yang murah.

Jom kita tengok 10 printer terbaik untuk pelajar, mahasiswa , guru dan perkerja.

1.EPSON

  • L120 INKJET COLOR PRINTER
  • Sistem tangki dakwat asli Epson terbukti memberikan percetakan yang boleh dipercayai. Menggunakan dakwat asli Epson yang membolehkan anda menikmati hasil cetakan yang bermutu tinggi dengan kos operasi yang sangat rendah
  • Printer jimat ink
  • Printer yang boleh refill
  • Printer terbaik untuk kegunaan rumah
printer dengan cartridge murah
EPSON L120
 

2. EPSON

  • EcoTank L3110 L3150 M1120
  • INK TANK PRINTER WITH HYBRID INK
  • Print, scan, copy
  • L3110 mencetak pada resolusi pencetakan tinggi 5760 dpi, memberikan cetakan berkualiti tinggi untuk semua keperluan anda. Cetakan pantas hingga 10ipm untuk warna hitam dan 5.0ipm untuk warna. Selain itu, L3110 mampu mencetak foto tanpa sempadan hingga  saiz 4R.
  • Printer terbaik untuk gambar yang berkualiti.
printer dengan cartridge murah
EPSON EcoTank L3110

 

3. HP

  • Laserjet Pro M12A Printer
  • Pencetakan yang cekap dengan kelajuan cetakan sehingga 19 halaman seminit.
  • Printer laserjet terbaik
  • Sesuai mencetak dokumen
printer terbaik dan murah 2020
HP Laserjet Pro M12A
 

4. Hp

  • 2676/2777
  • Cetak hingga 480 halaman dengan satu kartrij.
  • Sokongan percetakan terus dari Smartphone
  • Printer wireless
  • Print scan copy. 3 dalam 1
printer terbaik untuk mahasiswa
Hp 2676
 

5. Dell

  • B1160W
  • Wireless Mono Laser Printer (Wireless Print Support)
  • Cetak tanpa wayar di mana sahaja di rumah atau di pejabat.  
  • Percetakan berkelajuan tinggi hingga 21 ppm (huruf) atau 20 ppm (A4)
  • Kecil dan kompak.
  • Printer yang sesuai untuk guru dan pekerja.
  • Printer yang boleh print dari handphone
 
printer terbaik dan murah 2020
Dell B1160W
 

6. BROTHER

  • HL-1110 / HL1210W
  • PANTUM P2506W MONO LASER PRINTER
  • Printer Laser Monochrome Brother HL-1110 ini adalah pencetak laser monokrom kompak yang menampilkan teknologi percetakan yang tidak rumit yang menghalang kertas daripada jem.
  • Kelajuan cetak hingga 20 ppm, kelajuan cetakan yang lebih tinggi membolehkan anda menjimatkan masa mencetak. Pengguna dapat jimat masa menunggu hasil cetakan.
  • Laser printer terbaik
  • Printer laser terbaik untuk pelajar kolej, mahasiswa dan students
 
printer terbaik dan murah 2020
BROTHER HL-1110
 

7. Brother

  • DCP-T510W Printer
  • Sistem Tangki Dakwat
  • Sehingga 12/6 ipm
  • Hingga 1,200 x 6,000 dpi
  • Scan copy print
  • Reka bentuk yang padat
  • Ada Tangki Dakwat terbina
  • Printer jimat ink
  • Printer terbaik untuk mahasiswa kerana kos ink yang rendah.
printer jimat ink 2020
Brother DCP-T510W
 

8. CANON

  • TS307 WIRELESS WIFI INKJET PRINTER
  • Print gambar dari Smartphone
  • Wireless printing
  • Copy gambar atau dokumen terus pada printer
  • Wireless printer terbaik (Wi-fi)
 
printer terbaik 2020 malaysia
CANON TS307
 

9. CANON

  • PIXMA PRO-100
  • A3+ SIZE PROFESSIONAL SINGLE-FUNCTION PHOTO PRINTER ( with Wifi / Ethernet / Airprint )
  • Hasil cetakan gambar bewarna dia boleh bertahan sampai 200 tahun
  • Sesuai untuk yang selalu print gambar
  • Printer untuk print gambar terbaik
 
printer terbaik 2020 malaysia
CANON PIXMA PRO-100
 

10. CANON

  • E410/E470/E510/MG2577S/G3070S
  • ALL IN ONE INJET COLOR PRINTER.
  • Print scan copy
  • Percetakan Kos Rendah Ink Efficient E410 direka untuk memberi anda pengalaman mencetak dengan harga yang rendah sehingga 400 halaman dengan kartrij dakwat berkapasiti tinggi.
  • Printer yang sesuai untuk pelajar, mahasiwa dan guru
printer terbaik untuk pelajar malaysia
CANON E410

Kesimpulan

Beli printer mengikut kesesuaian sebagai contoh jika anda seorang pelajar, keutamaan anda hanyalah untuk mencetak assignment atau projek. Tidak perlu printer yang terlalu mahal. Jika bajet nipis beli sahaja printer yang konvensional iaitu hanya mempunyai fungsi print sahaja. Ini kerana zaman sekarang hanya menggunakan smartphone sahaja untuk scan dokumen. Paling penting, dakwat printer haruslah murah.

Jika anda seorang guru atau pekerja yang memang sering menggunakan printer, carilah printer yang boleh memberikan cetakan yang berkualiti dan laju. Kita tidak mahu printer yang mencetak dengan slow kerana melambatkan masa kita. Nanti bos marah ye tak.

Jika anda seorang yang sering mencetak gambar, cari printer yang mencetak dengan kualiti yang tinggi. Ini kerana, jika kualiti cetakan tidak bagus, gambar yang dihasilkan tidak akan tahan lama. Lama kelamaan, gambar tersebut akan pudar. Rugi je kan, sebab glossy paper tu mahal.

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.

Kalau rajin boleh baca tentang Panduan, tips dan cara membeli Laptop terbaik mengikut spefikasi dan kehendak


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •