Panduan, tips dan cara membeli Laptop terbaik mengikut spefikasi dan kehendak

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Laptop satu keperluan pada masa kini
Laptop satu keperluan pada masa kini

 

Pada zaman sekarang ini ditambah pula dengan ledakan industri 4.0 penggunaan Laptop untuk urusan sehari-harian adalah sangat penting kepada kita. Ada yang membuat bisnes online, ada yang sedang belajar, ada yang work from home dan ada yang bermain games menggunakan laptop. Terdapat banyak laptop di pasaran yang menawarkan pelbagai model dan spefikasi. Kenapa laptop semakin mendapat tempat dihati pengguna berbanding Dekstop? Sebab utama pengguna beralih kepada Laptop adalah kerana ia senang dibawa kemana-mana. Dunia sekarang ini memerlukan kita untuk bergerak dengan pantas dan cepat, jika kita terlambat kita akan hanyut dalam arus teknologi yang tidak akan menunggu kita. Laptop boleh dibawa ke kedai kopi, perpustakaan, rumah, pejabat hatta diatas kapal terbang pun boleh berbanding dekstop yang tidak berapa nak mobile friendly. Jangan cakap nak pikul dekstop kemana-mana yer.

 

Sebelum kita membeli laptop, adakah anda terus ke kedai dan bertanya kepada sales person? Atau anda membuat kajian dahulu? Jika anda membuat kajian dahulu anda tergolong dikalangan pengguna yang bijak. Bukanlah yang terus ke kedai tu tak bijak tapi lebih baik kita kecilkan skop laptop yang kita kehendaki dan baru ke kedai untuk tengok yang real punya. Admin pun dulu tidak ada buat kajian, hanya tau RAM, RAM RAM. Kalau RAM tinggi dah cukup tak pandang lain dah.

 

Kali ini admin ingin berkongsi perkara yang perlu pengguna tahu sebelum membeli laptop. Admin campur-campur sikit terma dalam Bahasa Inggeris ya sebab kadangkala ada terma yang sesuai dalam Bahasa Inggeris sahaja, kalau translate jadi pelik dan tak pernah dengar pun. Ok jom kita baca panduan dibawah :

 

1. Operating System  (Sistem Pengoperasian)

Ada dua je OS (operating system) yang admin cover untuk kali ini iaitu Mac OS dan Window. Pengguna yang memang minat produk Apple dia akan beli laptop Apple dan sudah tentu harganya kayangan. Mac OS hanya boleh dipasang pada produk Apple sahaja. Manakala Window OS ini macam open OS kerana hampir kesemua jenama laptop terkenal dunia memakai Window sebagai OS mereka seperti

Window 10 adalah OS yang paling latest dikeluarkan oleh Microsoft. Kalau yang baru berjinak-jinak dalam penggunaan laptop dan hanya untuk membuat kerja-kerja ringan seperti melayari internet, tengok movie, buat kerja guna Microsoft Office dan bajet yang sedikit, pilihlah laptop yang guna Window kerana lebih banyak pilihan dan harga yang murah.

 

2. Laptop jadi tablet

Sekarang ini banyak laptop yang boleh bertukar menjadi tablet. Hanya dengan melipat skrin dan keyboard laptop berubah wajah menjadi tablet. Biasanya harga agak mahal dan skrin boleh disentuh.

 

Baca 5 Tablets Popular di Lazada

 

3. Pilih size skrin yang berkenan

Saiz skrin menentukan saiz sesebuah laptop dan beratnya. Semakin besar size skrin semakin besar dan berat laptop tersebut. Saiz ni takboleh nak tukar-tukar macam RAM lepas beli. Dah beli size tu, pakailah sehingga rosak. Sebab tu kena buat keputusan yang betul semasa memilih size. Ada 11,12 13,14, 15, 16 dan 17 inchi. Size yang popular didunia ini adalah size 15 inchi. Jangan pening memilih size, jika anda seorang yang suka membawa laptop ke kelas, kuliah, perpustakaan, cafe, Mcd, KFC, taman, bus stop dan kedai mamak anda ambil laptop yang kecil size skrinnya. Kalau jarang-jarang ambil yang size yang besar. Jika anda seorang editor atau graphic designer, ambil size yang besar.

 

Beli Monitor Komputer : Sederhana, Berpatutan dan untuk Aktiviti Sehari-harian

 

4. Uji keyboard dan Touch pad

Rasa dulu kesedapan dan kesensitiviti touch pad. Keyboard yang okay, distance travel dia lebih kurang 1-2mm. Distance travel adalah kedalaman aksara semasa ditekan kebawah Jarak antara aksara juga perlu dititikberatkan supaya tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat antara satu sama lain. Touch pad mestilah rasa selesa dan tidak melenguhkan tangan.
Kalau ke kedai, buka notepad dan cuba menaip. Adakah keyboard dia respon lambat atau terlalu keras, terlalu jauh, atau terlau dekat antara satu sama lain. Biasanya kita akan dapat rasakan sendiri samada keyboard tu ok ke tak. Feel the difference k.

 

Beli Bluetooth Keyboard terbaik disini.

 

5. Pilih spefikasi yang dikehendaki.

 

Ini part yang paling penting dalam pembelian laptop. List spefikasi yang perlu pengguna tahu adalah CPU, RAM, Hard Drive, display, graphic card, ports, connectivity, dan CD/DVD/Blu-Rays drives.

Kita pergi satu-satu .

  • CPU (Central Processing Unit)

CPU adalah central processing unit. Kalau dalam keluarga dia adalah ketua keluarga aka bapa. Dikenali juga sebagai otak kepada laptop anda. Kena faham juga pembuat CPU ini ada banyak syarikat dan sudah tentu syarikat yang pengguna semua tau adalah Intel dan AMD. Untuk CPU Intel yang biasa kita dengar adalah chip jenis i7, i5 dan i3. Ada lagi atas dan ada lagi bawah. Tapi untuk segmen mampu milik admin stick pada tiga chip ini. Mana yang baik? Sudah tentu yang lebih tinggi nombor dia iaitu i7. Tetapi perlu diingat bahawa semakin tinggi processor semakin mahal harga sesebuah laptop tersebut dan semakin ia bagus memproses segala maklumat. Kerja-kerja biasa ambil i3 sahaja, kerja-kerja sederhana ambil i5, kerja kerja berat seperti design dan segala macam edit ambilah i7. Untuk AMD pula, CPU nya adalah lebih murah daripada Intel. AMD Ryzen 4000 adalah sama taraf dengan Intel i5 dan i7. Juga perlu diingatkan tengok generation keberapa CPU tersebut sebagai contoh i7 generation 10th lebih latest daripada i7 generation 8th. Kedua-duanya i7 juga tapi generation yang berlainan. Generation ke 10th adalah lebih latest daripda generation ke 8th. Oleh itu harga lebih mahal walaupun sama-sama i7.

  • RAM (Random Access Memory)

Senang cerita, RAM ini membantu mempercepatkan aplikasi dibuka atau digunakan. Contoh, anda buka banyak aplikasi dalam satu masa, RAM akan cuba melicinkan pergerakan tersebut. Takla loading memanjang. RAM ini ada yang 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, 32GB , 64GB dan 128GB. Makin tinggi GB makin mahal dan makin laju speed dia. Kebiasaannya untuk kerja-kerja biasa 4GB sudah memadai. Kalau selalu edit-edit video atau graphic paling kurang kena pakai 16GB.

 

Beli RAM Laptop terbaik disini.

 

  • Hard Drive atau Storage.

Hard drive ada dua, satu yang biasa satu yang dipanggil Solid State Drive (SSD). Bezanya adalah perfomance SSD lebih 3 kali ganda dari Hard Drive biasa. Harganya pun mahal dengan kapasiti yang kecil. Jika bajet menjadi kekangan, cari laptop yang ada slot untuk tukar dari Hard Drive biasa kepada SSD kerana di masa akan datang jika ada bajet lebih boleh upgrade kepada SSD. Untuk pelajar atau pekerja yang penggunaannya hanya biashe-biashe guna hard drive biasa dah memadai.

 

Beli SSD terbaik disini

 

  • Display

HD : 1280px x 720px
FHD : 1920px x 1080px
Admin cover 2 ni je sebab admin tumpukan kepada bajet friendly laptop. HD tu maksud dia High Definition dan FHD tu maksudnya Full High Definition. Makin tinggi pixel makin cantik gambar. Ciri-ciri ni pun tak boleh kita nak tukar jika dah beli. Admin cadangkan ambil yang FHD sebab dia ditengah-tengah. Gambar cantik dan kebanyakkan video di Youtube atau movies dalam resolusi FHD. Cari juga display yang ada ciri IPS kerana anda boleh tengok display dari pelbagai sudut pandangan.

  • Graphic

Kalau penggunaan biasa, built in kad grafik sudah memadai. Kalau banyak edit video, design dan kerja-kerja berat gunalah laptop yang menawarkan kad grafik AMD atau Nvidia.

  • Ports

Pilih laptop yang ada menawarkan sekurang-kurangnya 2 port untuk USB 3.0. Untuk SD atau microSD jika ada adalah satu bonus. Port HDMI juga diperlukan kerana banyak peranti sudah menggunakan HDMI port berbanding VGA.

 

Beli USB Port dan Memory Card reader terbaik disini.

 

  • Sambungan Internet / Wifi / Bluetooth

Perlu ada dan hampir semua laptop menawarkannya

 

Beli Wifi Router terbaik disini.

 

  • CD, DVD atau Blu Ray

Kalau anda adalah pengguna yang selalu Burn CD, boleh consider beli yang ada DVD drive ni. Bagi admin penggunaan DVD/CD ini akan membuatkan laptop lebih besar dan bulky berbanding yang tiada. Admin lebih prefer yang tiada DVD drive kerana laptop lebih nipis. Lagipun sekarang ni semua boleh download dari internet sahaja.

 

Beli portable Blu Ray Burner disini

 

6. Jangka hayat bateri

Tengok juga berapa lama laptop tersebut boleh bertahan tanpa sambungan power. Jika anda seorang yang suka lepak kat cafe atau perpustakaan anda tentu ingin mencari laptop yang menawarkan bateri yang tahan lama tanpa perlu cas. Maklumlah kalau dekat cafe atau perpustakaan socket power ni jadi rebutan ramai.

7. Tips beli laptop terpakai atau secondhand

Beli laptop terpakai atau secondhand ini sama sahaja panduan dengan membeli laptop baru. Cumanya pengguna perlu lebih berhati-hati ketika memilih kerana ibarat seperti kereta, ada bahagian yang sudah wear and tear (lusuh). Jika anda bijak memilih ditambah pula dengan sedikit nasib yang baik anda dapat memiliki laptop secondhand dengan harga yang lebih murah dan spefikasi yang diinginkan.

Sekarang ini banyak laman web yang menawarkan laptop secondhand seperti Mudah, Carousell, Shopee dan Ebay. Jom kita lihat tips beli laptop secondhand (terpakai) dibawah ini :

i. Beli daripada laman web yang mempunyai reputasi tinggi.

Seperti admin cakap tadi, banyak laman web yang terkenal ada menjual laptop secondhand seperti Mudah dan Carousell. Ini kerana laman web tersebut ada menawarkan satu perlindungan kepada pembeli jika barangan yang diterima tidak seperti diiklankan. Sebagai contoh laman web shopee tidak akan membayar penjual selagi pelanggan tidak menekan butang Melepaskan bayaran kepada penjual. Ini dapat menjamin barang yang dijual mengikut apa yang diiklankan dan pengguna tidak tertipu.

ii. Bersemuka

Jika boleh cari penjual yang boleh bersemuka atau COD. Dengan ini, anda boleh cek dulu kondisi dan fungsi laptop. Jumpa ditempat umum seperti kedai mamak, bersama yang tersayang atau di tempat yang ramai orang.

iii. Cek Software & Hardware

  • Cek skrin ada pecah retak atau pecah. Ada skrin yang tiada pixel ke tak.
  • Cek papan kekunci ada yang tidak boleh ditekan
  • Cek webcam fungsi ke tak kalau anda selalu webcam
  • Cek semua port seperti usb dan hdmi berfungsi ke tak.
  • Cek kesihatan bateri dan adaptornya.
  • Cek audio ade keluar bunyi ke tak. Mainkan lagu

IV. Cek harga asal laptop di pasaran dan bandingkan dengan harga yang ditawarkan. Jika lebih kurang dengan yang baru, beli je yang baru. Kalau harganya berpatutan dan model yang baru, teruskan membeli. Jackpot tu.

Beli laptop secondhand ini jika kena caranya amat berbaloi. Tapi harus diingat tips diatas supaya kita tidak ditipu oleh scammer.

 

8. Tips beli laptop online

 

Tips beli laptop online adalah sama sahaja dengan panduan diatas. Cumanya anda tidak dapat untuk membelek dan memegang laptop tersebut. Cadangan admin sebelum anda membeli laptop online, pergi ke kedai – kedai komputer yang ada menjual laptop tersebut dahulu dan cuba try test laptop yang berkenan.  Jika puas hati baru beli laptop tersebut secara online. Kenapa sekarang ini ramai yang pengguna yang beli online? Ini kerana harga online biasanya lebih murah daripada harga di kedai.

Seterusnya, beli di kedai online rasmi mereka seperti dibawah kerana penghantaran dan waranti yang lebih terjamin.

 

9. Tips beli laptop untuk student (pelajar)

 

Apakah course yang anda ambil?  Jika course yang berkaitan grafik atau video, pelajar perlukan satu laptop yang berkuasa untuk membuat assignment. Jika hanya menggunakan laptop untuk membuat kerja-kerja menaip dan presentation laptop entry-level sudah memadai. Berbalik kepada course yang berkaitan grafik dan video, paling kurang laptop anda mesti dilengkapi dengan 8GB ram, processor i5 dan keatas, dilengkapi dengan solid state drive (SSD) dan Kad Grafik paling kurang 2GB. Tips beli laptop untuk student juga sama seperti panduan diatas, cuma student kena tahu apakah course yang diambil memerlukan satu task yang berat atau hanya sekadar menaip atau membuat presentation sahaja.

 

10. 4 Laptop sesuai untuk pelajar universiti / mahasiswa

 

Jom kita tengok 4 laptop yang sesuai untuk pelajar students universiti, mahasiswa mahupun yang sudah bekerja. Laptop untuk students ini tidak lah terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah. Untuk penggunaan yang sederhana seperti membuat presentation, menaip dan menggunakan software yang ringan.

 

1. Acer Swift 1 SF114-32-P3JM 14″

Laptop terbaik 2020
Acer Swift 1 SF114-32-P3JM 14″

Harga dalam RM1900, laptop ini amat sesuai untuk bajet seorang student. Syarikat Acer antara pembuat laptop yang baik dan tahan lama. Dikuasakan oleh Intel Pentium Silver N5030 dan mempunyai kapasiti ruang sebanyak 256GB solid state drive. Apa yang menariknya adalah ia dilengkapi dengan skrin definisi tinggi penuh (Full HD). Sambil membuat assignment diberikan oleh pensyarah, student juga boleh menonton filem atau drama kegemaran dengan skrin yang cantik.

Intel® Pentium® Silver N5030 Processor
256GB SSD
Intel® UHD Graphics
14″ display with IPSFull HD 1920 x 1080
Windows 10 Home 64-bit
2 Years Local Warranty

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

2. HP Notebook : HP 14S-DK0156AU

Laptop terbaik 2020
HP Notebook : HP 14S-DK0156AU

 

HP adalah salah satu syarikat pembuat laptop terbaik dunia. Kualiti yang diberikan oleh HP tidak dapat disangkal lagi. Banyak syarikat-syarikat besar mahupun kecil menggunakan barangan daripada HP kerana ketahanannya. Dengan harga lebih kurang RM2300, laptop ini agak mahal untuk student, tetapi untuk kepuasan penggunaan harga tersebut adalah berbaloi. Secara spefikasinya pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk membuat kerja-kerja berkaitan dengan assignment menggunakan laptop ini.

MD Ryzen™ 5 3500U Processor with Radeon™ Vega 8 Graphics
Windows 10 Home 64
4 GB DDR4-2400 SDRAM (1 x 4 GB)
256 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD
AMD Radeon™ Vega 8 Graphics
14″1920 x 1080 FHD
2 Years Local Warranty

–> BELI DI LAZADA <–

 

 

3. Asus A509J-ABR360TS Notebook

Laptop terbaik 2020

 

Selain laptop, ASUS juga ada mengeluarkan Smartphone. Laptop ini dikuasakan oleh Intel Core i3. Dilengkapi dengan 4GB RAM dan skrin definisi tinggi. Harga dalam RM2K. Sesuai untuk pelajar sekolah, kolej, universiti mahupun guru. Dengan design yang nipis dan berat sekitar 1.6kg, laptop ini senang dibawah oleh pelajar kemana-mana samada ke kuliah, perpustakaan atau cafeteria.

Intel Core i3-1005G1
4GB On Board
PCIEG3x2 NVME 256GB M.2 SSD
15.6′ HD 1366×768 16:9//Anti-Glare
Intel UHD Graphics
Windows 10 Home
2 Year Asus Global Warrranty

–> BELI DI LAZADA <–

 

 

4. HUAWEI MATEBOOK D 15

Laptop terbaik 2020
HUAWEI MATEBOOK D 15

Huawei membuat Laptop yang murah tetapi berkuasa tinggi. Sangat sesuai untuk golongan pekerja yang mementingkan kelancaran ketika membuat tugasan.

Windows 10 Home Edition (64-Bit)
HUAWEI Matebook D 15
15.6-inch
8GB
AMD Radeon Vega 8

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

11. Pengalaman beli laptop

Pengalaman beli laptop admin tak banyak sebab laptop yang dibeli boleh tahan sehingga 3 tahun. Jika servis dan penggunaan yang cermat boleh pergi sehingga 5 tahun. Masalah utama laptop biasanya adalah bateri yang cepat habis dan laptop yang panas. Bateri cepat habis antara puncanya adalah over charged atau membiarkan laptop dalam mode charging walaupun bateri telah penuh. Masalah panas pula adalah kerana kipas yang berhabuk dan tidak pernah diservis. Apabila laptop panas, jangka hayat laptop akan berkurangan kerana laptop memerlukan suhu yang tertentu untuk beroperasi dengan baik. Beli laptop yang ada jenama dan ulasan yang bagus. Pengalaman beli laptop bergantung kepada cara anda beli samada diatas talian atau pergi ke kedai.

12. Jenama laptop terbaik ?

Okay pertanyaan ini sebenarnya yang pengguna semua nak tahu. Kadang-kadang kita malas nak fikir semua ni dan biasa kita tanya je jurujual laptop apa yang ramai orang beli, tahan lama dan bagus. Bagi admin brand itu penting kerana ada brand yang memang terbukti tahan lama dan bagus. Kebanyakkan laman web gajet didunia ini menyenaraikan brand Dell, HP, Lenovo dan Apple sebagai jenama laptop yang terbaik didunia dengan Apple dan Dell sering bertukar tempat nombor 1.

Perkara utama yang sangat admin tekankan kalau nak beli apa-apa barang adalah bajet. Tetapkan berapa bajet yang anda boleh sediakan sebelum membeli. Perkara kedua adalah tujuan anda beli samada untuk kerja-kerja ringan, sederhana atau berat. Perkara ketiga adalah buat study dulu apakah spefikasi yang diinginkan. Perkara keempat adalah kecilkan skop anda, jangan listkan sampai 10 jenis laptop yang ingin diberi. Paling banyak pun anda boleh senaraikan sebanyak 5 sahaja. Insyaallah anda tidak akan berasa pening ketika memilih. Panduan ini hanyalah basic sahaja yer. Atleast kita ada sedikit ilmu sebelum kita membeli. Selamat membeli ya !

 

Baca artikel sebelum ini disini :

 

Tips dan Panduan membeli Peti Sejuk (Refrigerator) terbaik mengikut jenis-jenis.
Panduan Membeli Dash Cam Terbaik dan Murah

 

Dibawah admin senaraikan antara jenama laptop terbaik yang boleh anda usha-usha :

1. Laptop bajet terbaik

Acer Aspire 5

CPU i3-10110U | RAM 4GB | HARD DRIVE 256GB | OS WIN 10 | Monitor 14″ HD 1366 x 768

Harga : RM1,900.00

Laptop terbaik Acer Aspire 5
Acer Aspire 5

Laptop yang seimbang diantara harga dan spefikasi yang ditawarkan. Buat presentatation, guna Office tanpa ada lag.

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

(Versi upgrade)

 

2. Lenovo Ideapad IP

Intel® Core™ i3-1005G1 Processor 4GB DDR4 Ram 256GB PCIe SSD Intel Integrated Graphic 14.0″ FHD(1920 x 1080), TN AG, anti-glare, LED backlight Windows 10 Home

 

 

Lenovo Ideapad IP
Lenovo Ideapad IP

 

–> BELI DI SHOPEE <–

 

3. Toshiba Satellite Intel(R) Core i5 8GB 500GB Laptop Notebook (Refurbished)

Intel(R) Celeron / i3 / i5 / i7 | 4GB / 8GB / 16GB DDR3 | 320GB / 500GB | 15.6″ | Windows 7 Pro / Window 8 Pro COA

Laptop refurbished yang sesuai untuk pelajar kerana harga yang murah dan spefikasi boleh tahan la.

Harga : RM1,269.00

Laptop Murah
Toshiba Satellite Intel(R) Core i5 8GB 500GB Laptop Notebook (Refurbished)

–> BELI DI SHOPEE <–

 

4. HP i5 i7 4th / 5th Gen 840 G1 G2 Laptop Elitebook

Harga : RM1,249.00

Satu lagi laptop refurbished yang murah dan mempunyai spefikasi yang baik. Bagus untuk students, mahasiswa, mahasiswi, cewek dan cowok di luar sana. Sesuai juga untuk pekerja. Zaman Covid ini perlukan laptop untuk work from home dan belajar online. Tiada alasan lagi.

 

–> BELI DI SHOPEE <–

 

5. Acer Predator Triton 300

Intel Core i5-9300H Processor | Intel Core i5-9300H Processor | 4GB DDR4 2666Mhz RAM 512GB PCIe NVMe SSD | NVIDIA® GeForce® GTX 1650

Harga : RM3,749.00

Laptop gaming terbaik
Acer Predator Triton 300

Laptop gaming. Agak mahal. Tetapi antara laptop gaming yang murah kalau nak dibandingkan dalam jaringan laptop- laptop gaming.

–> BELI DI LAZADA <–

 

6. LENOVO THINKPAD T450s ULTRABOOK

Harga : RM1,649.25

Laptop baru yang murah. Spefikasi pun boleh tahan. Lenovo memang terkenal dengan harga rakyat marhaen dan spefikasi yang baik. Cuba dulu baru tau.

–> BELI DI SHOPEE <–

 

7. Asus , Camera with 5Ghz wifi w7pro Laptop ( Refurbished ) Netbook Notebook

Intel N455 1.66GHz Procesor | 2gb ddr3 Ram | 160gb hdd | 10.1″ Led Display

Harga : RM399.00

Satu lagi laptop refurbished yang sangat-sangat murah. Tapi boleh guna untuk benda basic sahaja. Beli ini jika bajet memang nipis. Tak salah guna dulu laptop yang murah. Dah stabil baru beli yang berkenan kan.

–> BELI DI SHOPEE <–

 

8. Microsoft Surface Pro 5 / 4 / 3

Harga : RM2,758.00 – RM4,288.00

 

Laptop terbaik dan murah
Microsoft Surface Pro

Surface pro ini ibarat macam Ipad. Ringan, sleek dan powerful. Siapa yang ingin menggunakan laptop secara on the go inilah yang perlu anda beli.

–> BELI DI SHOPEE <–

 

9. Acer C720 Chromebook

Acer C720 | Linux | 11.6” | 2 GB | HDD 16 GB | Intel Celeron

Harga : RM399.00

Laptop murah untuk pelajar
Acer C720 Chromebook

Ni pun laptop refurbished yang murah. Boleh beli, boleh pakai tapi tak boleh nak run benda-benda yang hardcore. Just guna satu aplikasi je dalam satu-satu masa.

–> BELI DI SHOPEE <–

 

Baca tentang 10 Kerusi Pejabat Terbaik


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •