Panduan Membeli Dash Cam Terbaik dan Murah

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dash cam
Dash cam – Keperluan pada setiap kenderaan

Zaman kini pengunaan ‘Dash-Cam’ kenderaan sangat penting kepada semua pengguna jalan raya. Ini kerana rakaman yang dilakukan oleh dash cam dapat membantu kita untuk menjelaskan situasi sebenar kepada pihak polis atau pihak insurans. Kadang-kadang semasa berlaku kemalangan, pengguna jalan raya yang sememangnya salah akan memutar belit kenyataan untuk mengelakkan diri dari terkena saman atau dijatuhkan hukuman. Tidak kira lelaki atau perempuan, penggunaan dash cam juga dapat menyelamatkan seseorang dari terkena Pembuli Jalan Raya. Rakaman yang ada boleh membuktikan kekerasan yang dilakukan oleh Pembuli Jalan Raya.

Terdapat lambakan dash cam yang ada di pasaran sekarang ini. Buka sahaja laman membeli belah online seperti Lazada, Shopee, Ezbuy, Amazon, E-bay dan Taobao. Anda akan disajikan dengan pelbagai jenis, fungsi dan harga dash cam dari serendah RM30 sehingga ratusan ringgit.

Bagaimana pula hendak memilih jika terlampau banyak pilihan yang ada? Yang mahal tidak semestinya sesuai dengan kita dan yang murah pula mungkin memenuhi kehendak kita. Tetapi sebelum anda membeli, perkara yang paling penting adalah anda perlu tahu apakah ciri-ciri dan spefikasi  yang anda inginkan.

Jom kita layan artikel dibawah untuk panduan membeli dash cam yang terbaik :

Perkara terpenting dalam pemilihan dash cam adalah kualiti kamera dan video yang dihasilkan. Kita sebagai pengguna tentulah tidak ingin kualiti video yang dihasilkan seperti kamera 3gp. Video dengan kualiti yang rendah akan menyukarkan pengguna untuk melihat nombor plat kenderaan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. Kebiasannya pada kotak pemgbukusan dash cam akan tertera resolusi dash cam tersebut samada 720p, 108Op, 2K atau 4K. Semakin tinggi nombor yang tertera semakin bagus kualiti yang dihasilkan.  1080p bermaksud terdapat 1080 piksel secara menegak didalam sesebuah kamera tersebut. Secara amnya, semakin tinggi piksel semakin bagus kualiti video yang dihasilkan. Kami mencadangkan pengguna membeli sekurang-kurangnya dash cam yang mempunyai resolusi 1080p ke atas supaya video yang dihasilkan lebih tajam dan jelas.

Sudut pemandangan

Sudut Pemandangan
Sudut pemandangan sesebuah dash cam

Seluas mana anda inginkan kamera anda merakam? Ada dash cam yang hanya merakam dari sudut yang kecil seperti hanya merakam kenderaan yang berada di depan sahaja. Ada juga yang merakam sehinga 180 darjah sehinga menampakkan kawasan di sebelah kiri dan kanan cermin sisi. Sudah semestinya sebagai pengguna kita akan memilih kamera yang dapat merakam sudut yang besar. Bolehlah kita melihat rakaman yang lebih besar sudutnya. Sebelum anda membeli, pastikan anda minta dahulu tangkapan skrin (screen shot) video rakaman dari penjual. Jika anda puas hati dengan sudut tangkapan yang dihasilkan, barulah anda beli dash cam tersebut.

Penglihatan Malam

Perkara ini sering terlepas pandang bagi pengguna dash cam. Dash cam dengan ciri-ciri penglihatan malam dapat membantu kamera merakam dengan lebih jelas semasa kadar pencahayaan kurang. Sering kita lihat kualiti video yang dihasilkan terlampau banyak gangguan (noise) dan hanya nampak bayang-bayang. Jika anda sering memandu malam, dash cam yang mempunyai spefikasi penglihatan malam yang baik sangat penting bagi merakam video yang berkualiti. Jika anda memang langsung tidak suka memandu malam disebabkan silau atau mata yang kurang nampak, ciri-ciri ini anda boleh langkau. Anda juga boleh minta penjual untuk memberi anda tangkapan skrin (screen shot) rakaman kamera pada waktu malam untuk melihat sejauh mana kejelasan kualiti rakaman yang dihasilkan. Rakaman pada waktu malam tidak semestinya bewarna warni seperti hari siang tetapi yang lebih penting rakaman yang diberikan boleh mengenalpasti tulisan tulisan yang penting seperti nombor plat dan wajah suspek.

Night Mode
Night mode yang ‘blur’
Night Mode
Night mode yang jelas

Frame rate (Kadar Bingkai)

‘Frame rate’ ini adalah berapa gambar yang dipaparkan dalam masa satu saat. Frame rate ini diukur dalam FPS (Frame rate per second). Semakin tinggi frame rate semakin baik pergerakan gambar tersebut. Pernahkan anda melihat rakaman yang tersekat-sekat ? Itu bermakna kamera yang digunakan mempunyai frame rate yang rendah. Perlu diingat juga, semakin tinggi frame rate semakin besar kapasiti memori yang diperlukan. Berapakah frame rate yang OK bagi sesebuah dash cam? Kebanyakkan dash cam di pasaran menawarkan frame rate sebanyak 30fps yang boleh dikategorikan sebagai rakaman yang lancar. Bagi kami, tidak perlu frame rate yang terlalu tinggi kerana dash cam tugasnya merakam semasa pemanduan bukannya untuk digunakan untuk merakam lakonan. Cukup sekadar ia boleh memaparkan nombor plat dan muka dengan jelas.

Simpanan Kad SD

Dash cam biasanya menggunakan jenis kad SD Mikro untuk merekod segala video yang telah dirakam. Di dalam dash cam itu ada terbina memori tetapi ia agak kecil untuk menyimpan durasi video yang panjang. Oleh itu memori kad yang besar perlu untuk menyimpan rakaman dalam tempoh masa yang lama. Katakan anda memandu dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur tanpa henti dalam masa 4 jam dengan menggunakan dash cam yang beresolusi 1080p, anda perlu sekurang-kurangnya kad memori yang berkapasiti sebanyak 32GB untuk merekod segala rakaman sehingga sampai. Pilihlah memori kad yang agak berjenama seperti Samsung, Sandisk, Kingston dan Transcend supaya rakaman yang dihasilkan tidak senang ‘corrupt’. Kami cadangkan sekurang-kurangnya pengguna membeli kad memori dengan kapasiti 32GB keatas bagi membolehkan penyimpanan video rakaman yang lebih lama. Anda juga perlu melihat kepada manual arahan dash cam kerana ada dash cam yang tidak dapat menyokong kad memori yang terlampau besar. Untuk pengetahuan pembaca, kad memori di pasaran ada yang berkapasiti 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan seterusnya. Semakin besar kapasiti memori semakin mahal harganya. Memori kad juga terbahagi kepada kelas-kelas mereka sendiri iaitu kelas 2, 4 , 6 dan 10. Semakin besar kelas semakin cepat sesuatu kad memori itu membaca dan menyimpan rakaman yang dihasilkan.

Tercari – cari kad memori yang sesuai dan berkualiti klik disini.

 

Sandisk

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Kingston

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Skrin

Ada dash cam yang tidak mempunyai skrin terbina, ada yang mempunyai skrin terbina. Skrin terbina membantu pengguna untuk mengubah sudut pandangan sesebuah kamera dengan hanya melihat pada skrin. Bagi kami, skrin yang ada menyerlahkan lagi ketrampilan sesebuah dash cam. Tetapi ada juga yang tidak menggemari dash cam yang mempunyai skrin kerana ia menganggu fokus kita semasa memandu. Kami juga pada mulanya hilang fokus pemanduan kerana kerap melihat kepada skrin yang memaparkan rakaman, tetapi selepas beberapa ketika, kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan skrin yang sentiasa hidup. Cari juga dash cam yang boleh dimatikan layar skrin ketika memandu. Skrin tidak perlu terlalu besar kerana ia boleh menjadi titik buta semasa pemanduan dan pengguna tidak boleh mengharapkan skrin yang ada memberikan paparan seperti skrin telefon pintar kita. Cukup sekadar kita dapat mengubah sudut pandangan dan tetapan yang ada.

Bateri

Bateri terbina yang ada didalam dash cam biasanya tidak bertahan lama, oleh itu dash cam perlu disambung kepada sumber elektrik bagi membolehkan dash cam dihidupkan sepanjang pemanduan. Kebiasannya dash cam akan memberi satu kabel beserta wayar yang boleh dicucuk kepada soket punca kuasa (dulunya dikenali sebagai tempat cucuh rokok). Pengguna hanya perlu plug in sahaja dan dash cam akan hidup dengan sendirinya.

Dash cam ini ada dua jenis, satu yang pakai bateri lithium dan satu lagi pakai kapasitor. Kebiasaanya yang menggunakan bateri ini, harganya lebih murah dan kebanyakkannya dibuat di negara China. Kekurangannya adalah bateri akan cepat rosak jika terdedah pada suhu yang tinggi di dalam kereta. Apa yang boleh pengguna buat adalah, mencabut dan menyimpan dash cam tersebut selepas digunakan untuk mengelakkan dash cam itu terdedah kepada panas dan rosak. Selain itu atas faktor keselamatan, kita takut bateri tersebut akan terbakar jika terdedah kepada suhu yang tinggi di dalam kereta yang tidak bergerak.  Mungkin agak leceh, tapi untuk pengguna yang mementing bajet, bolehlah guna cara ini.

Bagi dash cam yang menggunakan kapasitor, harganya agak mahal tetapi penggunaannya lebih lasak dan tahan panas sesuai dengan cuaca di Malaysia yang sepanjang tahunnya panas dan lembab. Kebanyakkan dash cam yang menggunakan kapasitor ini datangnya dari Jenama yang terkenal dari Korea atau negara Eropah. Jika ada bajet yang lebih bolehlah bertanya kepada pekedai samada dash cams yang ingin dibeli menggunakan kapasitor atau bateri.

Rakaman Looping (Berulang)

Looping ini bermaksud rakaman yang telah direkod akan digantikan dengan rakaman baru setelah kad memori penuh. Bermaksud anda tidak perlu membuang rakaman lama secara manual untuk terus merekod rakaman baru.

Yang jenis pelekat atau jenis penyedut (‘suction’)?

Ada dash cam yang menggunakan pelakat untuk melekatkan kamera pada ‘dashboard’ ada yang menggunakan suction untuk dilekatkan pada cermin hadapan. Mana-mana pun OK terpulang kepada pengguna samada ingin dilekatkan pada dashboard atau dilekatkan di cermin. Ada yang tidak suka letak di dashboard kerana tidak suka dashboard nya bersepah. Jika anda seorang yang suka menanggal dan menyimpan dashcam anda, kami syorkan anda menggunakan yang jenis suction. Disamping dapat menanggalkan semasa tidak digunakan, anda juga dapat membersihkan cermin dalam dengan lebih senang tanpa halangan jika menggunakan suction. Jika anda sukakan dash cam yang permanent, bolehlah cari dash cam yang menggunakan pelekat. Cumanya, selepas digunakan dalam berapa lama ia akan meninggalkan kesan gam kepada cermin sama seperti pelekat roadtax. Kelebihannya pula, pelekat dapat menjimatkan ruang dan lebih kemas.

Suction
Jenis Suction
Pelekat
Jenis Pelekat

Wifi atau Bluetooth?

Di dalam dunia moden ini, penggunaan Wifi dan Bluetooth sangat meluas dan dash cam turut tidak ketinggalan dalam menggunakan ciri ini. Dengan menggunakan Wifi anda boleh menyambungkan telefon pintar anda dengan dash cam untuk melihat rakaman semula, tetapan dan muat turun rakaman. Untuk menggunakan sambungan ini anda memerlukan Internet samada Internet atau Wifi dirumah, tempat awam atau yang lebih mudah menggunakan hotspot dari telefon pintar anda. Ciri-ciri ini memerlukan data yang agak banyak dan sesuai untuk pelan internet yang besar atau tanpa had.

Wifi
Wifi – Sambungan terus kepada telefon pintar
Bluetooth
Bluetooth – Sambungan tidak memerlukan sambungan Internet

Bagi yang tidak ingin menggunakan data yang memerlukan wang ringgit , anda boleh menggunakan dash cam yang dilengkapi dengan Bluetooh. Anda hanya perlu buka tetapan Bluetooth di telefon pintar anda dan ‘pairing’ dengan dash cam seterusnya dapat mengakses rakaman melalui telefon pintar anda. Yang bagusnya,pengguna tidak perlu mengunakan data Internet untuk ‘pairing’ ini.

Bukan semua juga dash cam ada ciri-ciri Bluetooth dan Wifi ini kerana harga yang agak mahal. Paling mudah adalah menggunakan kabel USB dan cucuk di laptop atau kompoter di rumah. Atau pengguna boleh memasukkan kad memori dash cam didalam card reader komputer, rumah atau gunakan pendrive OTG dan cucuk di telefon android anda.

Bilangan kamera

Setakat ini dash cam menawarkan sehingga 3 kamera iaitu kamera depan, dalam dan belakang. Penambahan kamera bermakna anda perlu bebelanja lebih untuk memiliki Dash Cam.

Kamera depan akan merekod bahagian depan kenderaan, manakala kamera dalam akan merekod bahagian kokpit kenderaan, manakala kamera belakang untuk merekod kenderaan dari belakang.

Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dengan dash cam, kamera di depan adalah memadai kerana ia tidak memerlukan pendawaian yang kompleks, hanya selit-selit di bahagian sisi cermin dan pintu dash cam terus boleh digunakan.

Bagi yang memandu kenderaan E-Hailing atau pandu seru seperti Grab, Maxim, Dacsee dan Mycar anda boleh membeli dash cam yang mempunyai kamera di dalam kokpit. Ini kerana pengguna boleh merakam kelakuan penumpang di dalam kenderaan untuk tujuan keselamatan. Dengan adanya kamera didalam kokpit kenderaan, penjenayah mungkin akan berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini. Lebih baik Dash Cam tersebut mempunyai rakaman suara supaya segala percakapan boleh direkodkan dan dijadikan bukti.

Kamera belakang pula berfungsi untuk merekod pemandangan belakang kenderaan. Kamera belakang agak susah hendak didawaikan (wiring) kerana perlu melalui tempat simpan barang dan nombor plat belakang. Ada kamera belakang suatu bonus kerana kemalangan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti disondol dari belakang.

Perlu dingat, semakin banyak kamera, semakin tinggi penggunaan memori diperlukan. Pengguna disyorkan untuk mendapat kad memori yang lebih besar daripada yang dicadangkan untuk membolehkan rakaman bersaiz besar direkod.

Sensor G

Sensor G adalah sejenis sensor yang terdapat pada dash cam yang boleh mengesan kenderaan semasa berlaku pelanggaran seterusnya mengunci rakaman pada waktu tersebut daripada dipadam. Ciri-ciri ini penting kerana dalam situasi kelam kabut dan panik anda mungkin terlupa hendak menyimpan rakaman pada waktu kejadian. Boleh jadi juga pengguna sedang mendapatkan rawatan kecemasan dan tiada yang tahu dash cam sedang merakam pelanggaran sehingga rakaman tersebut digantikan dengan rakaman baru. Oleh itu ciri ini sangat penting untuk sesebuah dash cam bagi membolehkan rakaman semasa kemalangan dikunci dan disimpan.

G- Sensor
G – Sensor – Sensor ini akan mengunci rakaman semasa berlakunya kemalangan

Pendawaian

Bagi kenderaan yang masih bau-bau kedai (under warranty) anda tidak digalakkan untuk melakukan pendawaian terus pada sistem (bateri atau fius). Takut2 warranty kenderaan anda akan void (tidak sah). Apa yang boleh dibuat adalah menyelitkan kabel yang ada pada sisi pintu dan laci dashboard anda. Untuk pendawaian kamera belakang anda memerlukan sedikit alat untuk menebuk bahagian nombor plat. Jika anda ragu-ragu anda boleh meminta kedai aksesori kenderaan untuk memasangkan untuk anda. Kami sertakan tutorial yang diajar oleh satu chanel Youtube ini berkenaaan cara -cara pemasangan dash cam secara DIY. Senang dan ringkas. Jom layan video dibawah dari Chanel Youtube Aleep Just Fix.

Kesimpulan.

Sebenarnya banyak perkara yang dititik berat dalam pemilihan dash cam ibarat seperti memilih telefon pintar yang baru. Pastilah anda inginkan dash cam yang berkualiti, memenuhi spefikasi dan yang lebih penting harga yang menang memakai. Jika ingin yang lebih tahan lama dan tidak kisah tentang harga bolehlah tinjau-tinjau pautan di bawah ini. Pastikan sebelum membeli baca dulu spefikasi yang ditawarkan mengikut panduan yang kami telah beri diatas.

Pembaca sekalian, boleh tinjau-tinjau dash cam dibawah dengan hanya meng ‘klik’ gambar yang dipaparkan.

Dashcam Terbaik dan murah di Malaysia 2020 :

Super bajet dash cam (Kamera hadapan sahaja) :

1. Vehicle Blackbox 2.4 LCD Car Camera Full HD

 

Vehicle Blackbox 2.4 LCD Car Camera Full HD
Vehicle Blackbox 2.4 LCD Car Camera Full HD

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Sederhana bajet dash cam (Kamera hadapan dan belakang) :

2. Full HD 1080P Car DVR Double lens Dash camera

 

Full HD 1080P Car DVR Double lens Dash camera
Full HD 1080P Car DVR Double lens Dash camera

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Sederhana bajet dash cam (Kamera hadapan, dalam dan belakang)

3. 3 Lens Car Dash Cam HD Video Recorder with Front + Interior + Rear Camera

 

 

3 Lens Car Dash Cam HD Video Recorder with Front + Interior + Rear Camera
3 Lens Car Dash Cam HD Video Recorder with Front + Interior + Rear Camera

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Sederhana bajet dash cam (Kamera hadapan dan boleh tengok dekat smartphone)

4. Xiaomi 70mai 1S Car DVR Smart Dash Cam

 

Xiaomi 70mai 1S Car DVR Smart Dash Cam
Xiaomi 70mai 1S Car DVR Smart Dash Cam

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Sederhana bajet dashcam (Wifi)

5. Xiaoyi Yi Dash Cam Smart Wi-Fi DVR Car

 

Xiaoyi Yi Dash Cam Smart Wi-Fi DVR Car
Xiaoyi Yi Dash Cam Smart Wi-Fi DVR Car

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Terlebih bajet dashcam (Bluetooth, Wifi, Bateri Litium, GPS) :

6. Garmin Dash Cam 46 – Compact, Discreet Dash Cam

 

Garmin Dash Cam 46 - Compact, Discreet Dash Cam
Garmin Dash Cam 46 – Compact, Discreet Dash Cam

– -> LIHAT DI LAZADA <- –

– -> LIHAT DI SHOPEE <- –

 

Baca tentang 10 Powerbank terbaik di Malaysia 2020 (Pineng)


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •