11 Router terbaik untuk Internet di rumah atau di pejabat

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengenalan

Penggunaan modem router sudah menjadi kebiasaan setiap isi rumah. Tambah-tambah lagi time PKP ini ramai yang BDR (Bekerja dari rumah) dan tidak lupa juga kepada para pelajar yang banyak mengikuti kelas online.

Jika kita seorang sahaja yang menggunakan internet dirumah boleh sahaja kita guna hotspot dari Smartphone. Kalau isteri, anak 4 orang menggunakan hotspot yang sama smartphone pun boleh barai kerana overheat. Lagi satu. connection tidak stabil dan akan slow.

Router dan modem sebenarnya adalah 2 benda yang berbeza. Tapi banyak syarikat teknologi sudah menggabungkan router dan modem dalam satu peranti yang sama.

Secara ringkasnya modem menghubungkan rumah anda dengan Internet diluar sana.

Manakala router pula adalah kotak yang menghubungkan semua peranti berwayar atau tidak berwayar (wireless and wired) untuk menggunakan internet secara serentak.

Sebagai analogi mudah, router adalah tukang share kan internet yang modem dapatkan dari dunia luar untuk kegunaan pelbagai peranti didalam rumah.

Harga modem router di pasaran memang agak mahal. Ini seiring dengan teknologi modem router yang semakin berkembang untuk memenuhi pelbagai peranti yang memerlukan internet. Bayangkan dalam satu rumah ada android box, laptop, pc, tab dan smartphone yang memerlukan sambungan internet. Sudah tentu teknologi pengagihan data perlu efisien dan stabil.

Penting untuk diambil tahu. Jika anda bercadang untuk menggunakan simkad sebagai internet, pastikan modem router ada slot untuk simkad. Dan yang paling penting adalah simkad anda mempunyai plan hotspot unlimited. Kalau plan tak unlimited, data akan habis begitu saja. Untuk mengetahui samada modem router tersebut boleh guna simkad, adalah dengan menggunakan kata kunci 4G LTE router atau modem ketika mencari di laman web beli belah.

Jom kita tengok 11 router terbaik dari jenama terkenal dibawah :

TP Link

TD-W8961N 300Mbps Wireless N ADSL2+ WiFi Modem Router

ZTE

MF283U Wifi 4G Router Modem 4 Wlan Port

Asus

RT-AX56U AX1800 Wifi 6 802.11ax Wireless Mu-Mimo Gigabit AX Router Support AiMesh

Xiaomi

Mi AIoT Router AC2350 Gigabit 2183Mbps WiFi Speed 128MB Memory Dual-Band WiFi Wireless Router WiFi Router

Huawei

Wifi AX3 Quad Core A.K.A AX3 Pro AX3000 Wifi 6+ Plus Ax Wireless Router Support Huawei HiLink Mesh Wifi

D-Link

EXO AC1300 Gigabit Smart Mesh Wifi Wireless Router With Antivirus DIR-1360

Asus

RT-AC86U AC2900 Aimesh Gaming High Performance Router

TP-Link

Archer AX50 – AX3000 Dual-Core CPU Powered WiFi 6 Wireless AX Router

TP-LINK

Wireless N300 Unifi Router TL-WR841N With Repeater AP Mode

 

TP-Link

Archer A5 – AC1200 Wireless Dual Band Router / IPTV Streaming / Access Point Mode

TP-Link

Deco E4 AC1200 Mesh WiFi Router Whole Home Wi-Fi System

Kesimpulan

Jika anda seorang sahaja yang menggunakan internet di rumah, keperluan untuk beli modem router tu rasanya tak perlu. Jika dalam rumah anda ada banyak peranti yang menggunakan Internet, wajar anda dapatkan modem router. Admin lebih suka menggunakan kabel LAN cucuk dekat router berbanding dengan menggunakan Wifi. Lebih stabil sambungannya.

Jika berminat jom baca tentang 5 Webcam terbaik dan berkualiti : Premium webcam untuk Online

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •