Iphone : Kelebihan yang tiada pada peranti yang lain

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Iphone dan IOS nya

Pernahkan anda terdengar pergaduhan antara pengguna Iphone dan pengguna Android?
Mereka mempertahankan kelebihan sistem pengoperasian masing-masing. Ada yang cakap Android lebih baik kerana memberikan ruang untuk ubahsuai perincian, ada satu pihak yang cakap sistem operasi Iphone lebih cekap.Semua pun tak nak kalah. Masing-masing dengan hujah masing-masing. Pergaduhan ini tidak akan berakhir selagi android dan Iphone ada di pasaran dunia. Oleh itu, apa yang kita boleh buat sebagai pengguna? Jom kita kupas sikit tentang kelebihan Iphone. Lain kali kita akan ceritakan pula kelebihan android. Artikel kali ini bukanlah untuk membandingkan siapa yang bagus siapa yang tak, tetapi menerangkan tentang kelebihan Iphone supaya pengguna dapat mengetahui kenapa adanya peminat Iphone dan sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan peranti ini.

Kamera

Perkara pertama pengguna Malaysia lihat dan tengok adalah kamera depan dan belakang telefon pintar. Jika kita lihat iklan di kaca tv, kebanyakkan telefon akan mengiklankan kelebihan telefon pintar mereka dari segi keupayaan untuk mengambil gambar. Tidak kiralah di dalam gelap mahupun di bawah cahaya matahari. Kita selalu mengaitkan lebih tinggi megapixel lebih baik kamera tersebut.Tetapi itu bukanlah penentu gambar yang dihasilkan cantik. Ada kamera yang menyebabkan muka kita kelihatan ‘flawless’, ada kamera yang semua lubang jerawat, liang roma dan parut kelihatan. Bagi Iphone walaupun mempunyai pixel yang rendah, tapi kualiti gambar yang dihasilkan adalah antara yang terbaik. Dengan hanya 12 megapixel, gambar Iphone yang terbaru iaitu Iphone Xs Max menduduki tangga ke tujuh dalam laman web Dxomark iaitu sebuah laman web yang menguji skor sesebuah kamera telefon pintar. Secara perbandingan, telefon pintar yang menduduki skor tertinggi dilengkapi dengan kamera setinggi 40 megapixel. Dikatakan gambar yang dihasilkan oleh Iphone lebih tepat bermaksud Iphone tidak akan menapis gambar yang dihasilkan menjadi lebih ‘flawless’. Semua ini adalah kerana, Iphone mempunyai sensor kamera yang baik dan stabil. Satu lagi, video yang dihasilkan di Instagram menggunakan kamera Iphone lebih cantik dari kamera telefon android yang lain. Ini kerana, aplikasi Instagram pada awalnya dicipta untuk sistem operasi IOS sebelum boleh diguna oleh android.

Kemaskini

Bayangkan Iphone 5s yang dikeluarkan pada tahun 2013 (kira-kira 6 tahun yang lalu) masih boleh dikemaskini dengan sistem pengoperasian yang paling terkini. Jika dinilai dari harga dan kemaskini yang ditawarkan, ia amatlah bebaloi. Sebab itu kebanyakkan pengguna Iphone susah hendak menukar telefon mereka secara kerap walaupun Iphone mengeluarkan model baru setiap tahun. Kenapa kemaskini ini penting? Ini adalah bagi meningkatkan tahap sekuriti iphone ke arah yang lebih baik.

Kelancaran

Pengguna Iphone dikatakan lebih menikmati kelancaran ketika membuka aplikasi. Aplikasi juga dapat dibuka secara cepat dan banyak tanpa berlakunya kelambatan atau aplikasi tiba-tiba terhenti. Aplikasi yang berat seperti permainan ‘game’ juga dapat dibuka dengan lebih cepat di Iphone. Iphone XS max hanyalah mengunakan 4gb ram berbanding android ‘flagship’ yang lain yang menggunakan ram sehingga 8gb. Disebabkan syarikat Apple mengeluarkan Iphone dan membuat perkakasan mereka sendiri, maka sistem operasinya sangat sesuai dengan perkakasan tersebut. Ibarat minyak enjin yang sangat sesuai dengan kereta.

Aplikasi

Banyak aplikasi yang ditawarkan di Iphone tiada dalam Android. Permainan ‘game’ juga dikemaskini lebih cepat di Iphone berbanding android. Kebanyakkan pemaju aplikasi akan bermula dengan platfom Iphone dahulu dan kemudian barulah beralih kepada platfom android.

Peranti

Jika anda mempunyai Iphone, Ipad atau Imac, peranti-peranti ini senang untuk dintegrasikan antara satu sama lain. Anda boleh menghantar gambar kepada Ipad atau Imac dengan mudah dan pantas. Anda juga boleh membalas message di Iphone menggunakan peranti Imac atau Ipad.

Kesimpulan

Setiap pengeluar ada kelebihan masing-masing. Kita tidak perlu bergaduh dengan mengatakan siapa yang lebih hebat. Pengguna juga mempunyai cita rasa masing-masing. Ada yang lebih suka android kerana menawarkan pelbagai pilihan dan ada yang suka ios kerana suka sistemnya. Tepuk dada tanya poket.

Jika anda memang dah lama mengidam nak pakai Iphone dan dah lama membaca review dan kelebihan Iphone, jom kita usha-usha laman rasmi seller Iphone dari Lazada ini . Pastikan Official Store kerana diluar sana banyak Iphone yang palsu dan seller yang meragukan. Admin senaraikan semua model Iphone yang masih dijual oleh Apple di semua kedai rasmi mereka iaitu dari Iphone 7 sehingga Iphone 12.

 

 

1. Apple iPhone 11 Pro Max 256GB

 

Apple iPhone 11 Pro Max 256GB
Apple iPhone 11 Pro Max 256GB

Review Camera Apple iPhone 11 Pro Max disini

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE <–

 

2. Apple iPhone 11 Pro Max 512GB

 

Apple iPhone 11 Pro Max 512GB
Apple iPhone 11 Pro Max 512GB

Kelebihan iPhone 11 Pro Max

“Sistem 3 kamera yang transformatif yang mempunyai pelbagai keupayaan tanpa merumitkan. Jangka hayat bateri yang telah dipertingkatkan. Dilengkapi dengan cip yang sangat hebat sehingga boleh menggandakan keupayaan telefon pintar. Selamat datang kepada iPhone pertama yang boleh dipanggil “PRO” “

Begitulah terjemahan ayat yang admin jumpa dalam laman web rasmi Apple Malaysia. Ayatnya memang bombastic dan mencerminkan apa yang boleh iPhone 11 Pro ini lakukan. Ini adalah kali pertama Apple menamakan iPhone mereka sebagai PRO semenjak kali pertama iPhone dikeluarkan pada tahun 2007. 13 tahun yang dulu beb !

 

Review Kamera Apple iPhone 11 Pro Max disini

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE <–

 

3. Apple iPhone 11 Pro 256GB

 

Apple iPhone 11 Pro 256GB
Apple iPhone 11 Pro 256GB

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE <–

 

4. Apple iPhone 11 Pro 512GB

 

Apple iPhone 11 Pro 512GB
Apple iPhone 11 Pro 512GB

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE <–

 

 

5. Apple iPhone 11 256GB

 

Apple iPhone 11 256GB
Apple iPhone 11 256GB

Review kamera Apple iPhone 11 disini

Iphone 11 ni yang paling popular dikalangan pengguna Iphone sehinggakan mencatatkan jualan tertinggi bagi tahun 2019

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE <–

6. Apple iPhone 8 Plus 128GB

 

Apple iPhone 8 Plus 128GB
Apple iPhone 8 Plus 128GB

Review kamera Apple iPhone 8 Plus disini

Antara model Iphone yang mempunyai gambar yang cantik. Walaupun model ini model lama, tetapi masih berbaloi untuk dibeli.

Ramai gamers yang pakai iPhone 8 Plus ini. Tak tau kenapa. Sila komen dibawah jika tau !

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

7. Apple iPhone 8 128GB

 

Apple iPhone 8 128GB
Apple iPhone 8 128GB

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE <– (Used)

 

8. Apple iPhone 7 Plus 128GB Black

 

Apple iPhone 7 Plus 128GB Black
Apple iPhone 7 Plus 128GB Black

Review kamera iPhone 7 Plus disini

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE<–

 

9. Apple iPhone 7 128GB Black

 

Apple iPhone 7 128GB Black
Apple iPhone 7 128GB Black

–> SEMAK HARGA DI LAZADA <–

–> SEMAK HARGA DI SHOPEE<–

 

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

2 thoughts on “Iphone : Kelebihan yang tiada pada peranti yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *