Motivasi : Aku tidak berubah. Aku baru sahaja menemui diriku yang sebenar

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kita semua berada didalam keadaan yang sihat dan kuat dalam mengharungi wabak Covid-19 ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang keadaan dan situasi semasa Covid-19 anda boleh melayari laman web yang tertera dibawah :

Pada hari ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi dan kehidupan yang berbunyi :

“Aku tidak berubah. Aku baru sahaja menemui diriku yang sebenar”

Aku telah menemui diriku yang sebenar setelah puas mencari. Selama ini aku ingatkan perlu menjelajah setiap pelusuk dunia untuk mencari yang terbaik. Tapi aku lupa yang terbaik itu datang dari diri kita. Kitalah yang mencorakannya. Tidak perlu pergi jauh, tidak perlu menyalahkan orang lain dan tidak perlu berharap kepada yang lain kerana diri sendiri adalah anugerah yang paling terbaik. Cumanya kita perlu mencorakkannya dengan segala perkara yang positif. Cantik coraknya cantik juga aturannya. Kalau buruk coraknya, mula semula dan bangkit lagi. Bukannya berhenti dan terus lemah.

Aku tidak pernah berubah. Aku cuma telah menemui diriku yang sebenar. Permata yang tersembunyi disebalik hamparan tanah yang terbentang luas.

Baca artikel sebelum ini disini : Motivasi : Mula semula dan ubah pengakhirannya

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

One thought on “Motivasi : Aku tidak berubah. Aku baru sahaja menemui diriku yang sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *