Motivasi : Halangan & Cabaran didalam kehidupan

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Halangan & Cabaran
Motivasi : Halangan & Cabaran

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Semoga tuan-tuan dan puan-puan didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sebelum ini, admin ada kongsikan satu kata-kata motivasi di ‘post’ ini.

Kali ini kata-kata motivasi kita adalah “Akan ada halangan dan cabaran. Akan ada yang meraguimu. Akan ada kesilapan. Tetapi dengan kerja yang keras, tiada had untuk kamu berjaya”

Kita tidak akan lari dari halangan dan cabaran ketika hendak mencapai sesuatu. Hanya dengan kekuatan minda dan emosi kita dapat mengatasinya. Kadangkala, dari mana kekuatan yang kita dapat kita pun tidak sangka. Mungkin dari ibu bapa, pasangan, kawan atau dari kita sendiri.

Sementara kita sedang menuju ke arah kejayaan, akan ada suara-suara sumbang dan negatif untuk merendahkan moral kita. Usahlah kita terikut-ikut rentak mereka kerana orang yang berjaya adalah orang yang menjadikan suara-suara tersebut sebagai pembakar semangat mereka.

Tiada apa yang mudah didalam dunia ini. Sesuatu yang kita dapat hasil dari kerja keras memberi seribu kepuasan kepada diri.

Jom kita layan lagu bertajuk Standing in the Eyes oleh ratu rock kita Ella.

Pahit getir hidup…
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajah “Standing In The Eyes Of The World”
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba…
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajah “Standing In The Eyes Of The World”

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

One thought on “Motivasi : Halangan & Cabaran didalam kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *