Motivasi : Jika tahu – buat | Jika mahu – lakukan.

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Jika tahu - buat | Jika mahu - lakukan.
Motivasi : Jika tahu – buat | Jika mahu – lakukan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kita semua berada didalam keadaan yang sihat dan kuat dalam mengharungi wabak Covid-19 ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang keadaan dan situasi semasa Covid-19 anda boleh melayari laman web yang tertera dibawah :

Pada hari ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Tahu sahaja tidak memadai, Amalkan. Mahu sahaja tidak cukup, lakukan”

Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah. Begitulah situasinya apabila kita mempunyai ilmu tetapi kita tidak menggunakannya atau manfaatkannya kepada tujuan yang murni dan baik. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” 

Manakala, Imam Ghazali pula dalam Kitabnya Minhajul a’bidin mengatakan bahawa “ Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia “. Sebagai contoh, Anwar merancang ingin membuka sebuah kedai runcit, setelah beberapa bulan beroperasi kedainya terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian akibat tiada pengetahuan tentang perniagaan runcit. Ini yang dikatakan beramal tetapi tidak berilmu. Manakala Ahmad pula orangnya sangat pandai, mempunyai Phd dalam bidang Kimia, tetapi Ahmad suka memandang rendah dan memperlekeh rakan-rakannya yang kurang bernasib baik. Ahmad mempunyai ilmu, sewajarnya ilmu itu menjadikan dia lebih peka dan prihatin. Bak kata pepatah melayu

“Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi,
semakin berilmu, semakin merendah diri

Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi.
Akarnya mencengkam bumi, lintuk liuknya menyakitkan hati”

Secara kesimpulannya, ilmu Allah itu luas, kita sebagai khalifah dimuka bumi ini harus mengkaji, meneliti, memeriksa, mempelajari, mendalami, mengamati dan menjelajahi segala ilmu yang ada supaya dapat dimanfaatkan kepada yang lain.

“Katakanlah, “Seandainya lautan menjadi tinta untuk kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu.” Surah Al-Kahfi ayat 109

Jom kita hayati lagu dari Jamal Abdillah & Malique : Aku maafkan kamu.

Baca artikel sebelum ini Motivasi : Penyelesaian dan orang yang negatif

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

One thought on “Motivasi : Jika tahu – buat | Jika mahu – lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *