Motivasi & Kehidupan : Kadangkala bergelora kadang kala tenang

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua dimurahkan rezeki, diberikan ketenangan dalam membuat keputusan, dianugerahkan dengan kesihatan yang baik, dikurniakan dengan pasangan yang baik-baik dan dirahmati dengan kehidupan yang ceria. Semoga kita dapat menentang wavak Covid-19 ini dengan jayanya.

Kata-kata motivasi atau kata-kata kehidupan pada hari ini adalah :

“Kehidupan ini umpama lautan yang terbentang luas.
Kadangkala ia tenang kadangkala ia bergelora.
Tetapi, dipenghujungnya pasti ia menjadi INDAH”

Syukur kepadaNya kerana kita diberikan peluang untuk hidup dimuka bumi ini. 70 peratus daripada muka bumi ini adalah lautan dan selebihnya adalah daratan. Lautan ini ibarat kehidupan manusia yang adakalanya tenang adakalanya diberikan ujian. Ujian itu datang secara tiba-tiba dan  dalam pelbagai bentuk samada ujian ditempat kerja, dirumah, kesihatan dan pasangan masing-masing.  Jika kehidupan ini sentiasa tenang, kita tidak akan keluar dari zon selesa kita dan berada pada takuk yang lama. Cabaran itu membentuk jati diri dan arah kehidupan kita. Kehidupan yang tiada ujian dan cabaran adalah ibarat makanan yang tiada garam dan perencah. Kita boleh pilih samada untuk mendepani ujian atau lari dari ujian tersebut. Sudah tentu jika kita lari, kita akan hadapi ujian tersebut pada hari mendatang. Jika kita pilih untuk mengatasinya, maka kita dapat mengutip secebis pengalaman yang boleh digunakan untuk mendepani masalah yang lebih besar.

Walaupun kita tidak boleh memilih ujian, kita boleh memilih cara untuk mengatasi ujian tersebut. Gunakanlah segala kemampuan yang ada dalam diri dan bertambah baik dari hari ke hari. Keindahan itu pasti akan datang. cuma ia datang dengan pengorbanan.

Baca artikel sebelum ini disini Kehidupan : Jangan menghakimi seseorang tanpa mengetahui sebab-sebab disebaliknya

Jom kita hayati lagu dari Sheila Majid iaitu Hitam Putih Kehidupan :

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

 

 


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •