Motivasi : Setiap hari adalah hari yang baru

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Motivasi : Setiap hari adalah hari yang baru
Motivasi : Setiap hari adalah hari yang baru

Setiap hari adalah hari yang baru. Jadi jangan terpaku pada masa lalu, maka melangkahlah ke depan. Nikmati apa yang kau miliki hingga hari ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua dilimpahi dengan pelbagai bentuk rezeki. Rezeki itu datang dengan usaha, doa dan tawakal.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

Jangan mulakan hari ini dengan kesedihan semalam.
Setiap hari adalah hari yang baru.
Setiap hari adalah permulaan yang baru.
kita bangun setiap pagi adalah hari pertama untuk kehidupan baru.

Setiap daripada kita punya masalah hatta yang berharta atau yang tidak. Masalah yang berlanjutan boleh menyebabkan hari yang mendatang menjadi murung. Apa yang boleh dilakukan?

Setiap pengakhiran ada permulaan baru. Apabila hari semalam telah berakhir, kita punya peluang baru pada hari ini. Setiap permulaan baru adalah peluang untuk kita menebus kesalahan semalam. Setiap kali kita bangun tidur , kita dianugerahkan 24 jam untuk digunakan sebaik mungkin. 24 jam itu adalah seperti kanvas putih, yang sedang menunggu kita mencorakkannya.

1 Januari setiap tahun bukanlah masa dimana kita mulakan sesuatu yang baru. Setiap hari adalah permulaan baru. Beri peluang untuk diri berubah. Jika semalamnya kita lambat ke kerja, hari ini katakan pada diri yang aku boleh sampai tepat pada masanya. Kita boleh berubah dan kita mampu untuk melakukannya !

Baca artikel sebelum ini disini Motivasi & Kehidupan : Sikap adalah segala-galanya


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *