Panduan, cara dan tips membeli Mesin Basuh Terbaik (Washing Machine)

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mesin basuh adalah salah satu tunjang dalam kehidupan kita. Kehadiran mesin basuh dalam dunia teknologi ini telah menjimatkan masa pengguna sehingga 70 peratus daripada membasuh menggunakan tangan. Hanya masukkan baju, sabun dan tekan butang ON kerja-kerja pembersihan baju dilakukan sepenuhnya oleh mesin basuh. Tidak perlu lagi memberus didalam tandas dan menggunakan tenaga 4 kerat untuk memerah kain. Mungkin masih ada yang yang basuh guna tangan tapi untuk certain baju yang delicate sahaja seperti jersi atau kain-kain yang penuh dengan manik atau labuci.

Mesin basuh ini sama seperti peti sejuk kerana kita nak pakai dalam jangka masa yang lama. Admin masih ingat lagi dikampung keluarga admin menggunakan mesin basuh jenama National yang bertahan sehingga 20 tahun. Barangan elektrik zaman dahulu memang terkenal dengan ketahanannya. Orang kata menang membeli menang memakai. Untuk peralatan elektrik moden ni kalau lepas 5 tahun tu dah cukup bersyukur sangat. Oleh itu pemilihan mesin basuh yang sesuai dengan pengguna amat penting kerana kita tahu yang harga mesin basuh itu mahal dan kita tak mungkin beli dua atau tiga kali. Oleh itu, admin akan berkongsi jenis-jenis mesin basuh dan kelebihannya dan terpulang kepada pengguna untuk memilih yang mana berkenan dihati berdasarkan bajet, berapa kilo sekali penggunaan, saiz tempat letak mesin basuh dan lain-lain.

Okay jom kita tengok jenis-jenis mesin basuh yang ada. Harini admin hanya akan cover 2 jenis mesin basuh yang terkenal di kalangan pengguna iaitu Top Loader dan Front Loader sahaja. Mesin basuh jenis separa automatik, fully manual ke, pakai agitator ke atau dryer penulis tak cover tapi kalau ada permintaan kita akan buat pada artikel lain yer. Sebelum itu admin akan menggunakan istilah Top Loader dan Front Loader ini dalam penulisan kerana lebih sesuai dan pendek. Jom kita tengok tips beli mesin basuh dibawah :

TIPS BELI MESIN BASUH

Mesin basuh jenis  TOP LOADER .

Apakah yang dimaksudkan dengan Top Loader? Top Loader bermaksud kita memasukkan kain dari atas. Kita buka penutup mesin basuh, masukkan kain dan masukkan sabun dari atas. Mesin basuh jenis Top Loader ini adalah mesin basuh yang paling terkenal dikalangan pengguna dan hampir 70 peratus isi rumah di Malaysia pernah dan sedang memakai mesin basuh jenis ini. Kenapa ianya popular? Jom kita lihat point dibawah ini.

Kelebihan :

  • Murah : Mesin basuh jenis ini jauh lebih murah dari Mesin basuh jenis Front Loader. Dengan bajet RM 500 sahaja pengguna boleh mendapatkan mesin basuh jenis ini berbanding Front Loader yang paling murah pun lebih kurang RM1000. Pengguna yang mempunyai bajet yang nipis boleh membeli mesin basuh ini sebagai starter atau permulaan.
  • Maintenance yang kurang dan senang kedai nak repair. Mesin basuh jenis Top Loader ini dah lama berada di pasaran dan rekaannya adalah basic. Oleh itu kebanyakkan orang yang membaiki mesin basuh tahu bagaimana nak repair mesin tersebut.
  • Tidak perlu membongkok untuk mengisi kain.
  • Tidak perlu sabun basuh yang spesial  seperti Front Loader.  Gunalah apa-apa sabun pun yang penting ada buih. Front Loader pula menggunakan sabun yang kurang mengeluarkan buih dan mahal.
  • Banyak pilihan model. Pengguna boleh rambang mata nak pilih model yang digemari kerana banyak pilihan. Apa-apa pun, buat survey dulu, kecilkan skop pilihan dan baru pilih yang berkenan.
  • Mesin basuh dah jalan, kita pula lupa nak letak satu seluar kecik yang tertinggal. Jangan risau kerana top loader boleh buka penutup loadernya dan tambah masuk ketika mesin sedang berputar.

Kekurangan :

  • Pengunaan air. Mesin basuh jenis ini menggunakan air yang lebih banyak dari mesin basuh Front Loader. Bila guna air banyak bermakna bil air akan meningkat jika guna secara kerap. Ini kerana, air perlu dipenuhkan sehingga kain tenggelam baru boleh mesin ini jalan. Selepas itu air sabun akan dikeluarkan dan air baru akan dimasukkan untuk membilas. Secara perbandingan mesin basuh jenis Top Loader menggunakan air 3 kali ganda lebih banyak air dari mesin basuh jenis Front Loader.
  • Penggunaan sabun. Top Loader menggunakan sabun yang lebih banyak daripada Front Loader dengan kadar 2 kali ganda. Tadi admin cakap tidak perlu guna sabun spesial untuk Top Loader? Ya betul, macam ini Tuan,  sabun untuk top loader ada banyak di pasaran dan murah tetapi top loader guna kuantiti yang banyak. Bagi Front Loader, tak banyak pilihan sabun di pasaran dan agak mahal tapi dia guna sedikit sahaja. Oleh itu pilihan ditangan pengguna sama ada nak murah tapi guna banyak sabun atau nak mahal tapi guna sedikit sahaja.
  • Penggunaan elektrik . Kerana top loader menggunakan air yang banyak sudah tentu tenaga yang lebih diperlukan untuk drum berputar. Oleh itu Top Loader menggunakan elektrik lebih tinggi daripada front loader.
  • Mesin basuh Top Loader agak ‘kasar’ dengan kain kerana ia lebih senang terbelit berbanding Front Loader yang lebih delicate dan lembut dengan kain.
  • Tak boleh stacking (tindan). Kalau pengguna ingin beli dryer, pengguna tak boleh stacking diatas mesin top loader. Hanya mesin basuh Front Loader je boleh stacking dryer diatasnya. Oleh itu bagi pengguna yang mempunyai tempat yang luas tidak jadi masalah dan bagi pengguna yang kekurangan ruang bolehlah consider beli mesin basuh jenis Front Loader. Tapi admin… zaman sekarang dah ada mesin basuh 2 in 1 bermakna dia ada washer dan dryer sekali. Berkenaan hal ini, admin kurang setuju kalau mesin basuh digunakan untuk dryer sekali kerana masa yang sangat lama diperlukan untuk melengkapkan basuhan dan dryer. Dan lagi satu kebiasaannya 2 in 1 kalau rosak, harga repairnya agak mahal dan susah nak caro orang yang pandai repair. Kena hantar center dia.
  • Untuk orang yang kurang ketinggian, mungkin nak ambil baju yang paling last itu sedikit mencabar kerana perlu memasukkan kepala dalam mesin. Oleh itu, ukur ketinggian diri dan kedalaman drum sebelum membeli. Agak-agak tak sampai juga boleh gunakan bangku kecil. Jangan sampai tertomoih dalam drum pulak yer.

Adakah anda masih bersama penulis? Ke terlampau banyak input yang perlu dicernakan? Tidak apa, ambil masa yang banyak untuk menyelidik dan ‘study’ adalah perkara yang amat penting sebelum membuat keputusan. Admin pun dulu terus sahaja ke kedai elektrik dan tanya jurual mana yang bagus. Pusing punya pusing dari satu kedai ke satu kedai lepastu balik dengan tangan kosong kerana tidak menepati cita rasa. Esok ulang benda yang sama sehinggakan masa terbuang begitu sahaja. Apa kata kita study dulu, kecikkan skop dan buat perbandingan dahalu baru kita datang ke kedai untuk melihat sendiri. Jom kita mengenali mesin basuh jenis Front Loader pula

Mesin basuh jenis Front Loader :

Seperti nama yang diberi, pengguna perlu memasukkan kain baju melalui pintu depan mesin. Pintu tersebut mempuyai cermin supaya senang anda mengintai apa yang berlaku di dalam mesin basuh tersebut. Mesin basuh jenis Front Loader ini memang menjadi idaman admin kerana admin suka melihat kain yang dibasuh melalui cermin depannya. Rasa asyik gitu. Jika top loader drumnya menegak, front loader ini pula drum dibaringkan.

Kelebihan :

  • Design cantik, ade cermin didepan, sesuai dipadankan dengan cabinet dapur. Nampak moden dan ada style. Hampir semua dobi layan diri menggunakan front loader di kedai-kedai mereka.
  • Penggunaan air. Front loader menggunakan air yang sedikit kerana ia tidak perlu tunggu sehingga air penuh untuk drum berputar. Front loader menggunakan hanya 1/3 air daripada top loader. Sudah tentu kita dapat menjimatkan air dalam jangka masa panjang.
  • Penggunaan elektrik. Oleh kerana drumnya mengunakan air yang sedikit, maka keperluan tenaga elektrik tidak terlalu mendesak untuk menggerakkan drum seterusnya dapat menjimatkan bil elektrik anda.
  • Penggunaan sabun yang sedikit kerana front loader guna air sedikit dan tidak perlukan buih yang banyak.
  • Kain yang dibasuh lebih bersih. Ini kerana front loader menggunakan air yang sedikit. Aik sepatutnya air sikit la tak berapa nak bersih. Okay macam ni, bila air yang digunakan sedikit, geseran (friction) antara drum dan kain dengan kain akan lebih banyak. Bila geseran lebih banyak dan contact dengan drum, maka kain yang dibasuh lebih bersih berbanding top loader yang menggunakan air yang banyak. Lagi satu, mesin basuh ini menggunakan daya graviti keatas kain yang jatuh antara satu sama lain.
  • Menjaga kualiti kain dengan baik. Kain pun tak cepat rosak dan warna dapat dikekalkan dengan lebih lama kerana penggunaan sabun yang sedikit. Penggunaan sabun yang teralalu banyak boleh merosakkan warna.
  • Boleh ditindan dan diletakkan barang diatasnya. Jika anda ada bajet yang lebih bolehlah beli dryer dan ditindan diatasnya. Jimat ruang.
  • Kapasti besar. Tidak perlu banyak kali cucian untuk isi rumah yang besar. Masuk comforter dan selimut tidak menjadi masalah.
  • Biasanya lebih senyap berbanding Top Loader.
  • Kurang buat hal dalam jangka masa panjang

Kekurangan  :

  • Harganya yang mahal.
  • Kena membongkok untuk mengisi dan mengambil pakaian. Kebiasaannya orang-orang yang sudah berumur tidak menggemari mesin basuh jenis ini kerana boleh mengakibatkan sakit belakang.
  • Tak boleh nak tambah baju ketika mesin sedang beroperasi. Ini kerana pintu depan front loader dibuat supaya air tidak dapat keluar dari mesin. Oleh membuka mesin basuh ketika sedang beroperasi akan menyebabkan air meleleh dan bocor.
  • Boleh tumbuh kulat dengan cepat. Oleh kerana drumnya diletakkan secara baring, maka kurang daya graviti untuk menolak air keluar dengan efisien. Air yang terkumpul akan menyebabkan kulat tumbuh pada drum dan menjadi hapak.
  • Kalau rosak , kos pembaikannya lagi mahal dari Top Loader

Begitulah perbezaaan antara Top Loader dan Front Laoder. Manakah pilihan kalbu? Ini terpulang kepada pengguna semua mengikut kesesuaian isi rumah anda. Baca dulu pro and con dia dan decide which mesin basuh yang match dengan cara cucian, bajet, bilangan isi rumah dan saiz tempat laundry. Admin sekarang guna top loader dah dekat 7 tahun dan tak pernah rosak. Cuma kita perlu bersih tub dia menggunakan sabun yang dijual di Daiso atau di Internet pun ada (Boleh dapatkan disini). Cumanya ada impian nak pakai Front Loader kerana kelebihan yang dinyatakan diatas. Ade fulus dan bajet semuanya jalan..hehe.

Dapatkan sabun untuk cuci drum disini

Jenama Mesin basuh paling tahan lasak?

Ni soalan yang sering ditanya oleh pengguna, apa mesin basuh yang terbaik dan tahan lasak dipasaran sekarang? Admin tak boleh nak bagi kata putus kerana perlu kita tengok review dan ciri-ciri yang ditawarkan. Tetapi lebih 5 laman web antarabangsa yang admin dah tengok mesti menyenaraikan 3 jenama ini dalam pilihan mesin basuh terbaik iaitu Samsung, LG dan Eletrolux.

Jom kita lihat antara mesin basuh terbaik di dunia :

1. Samsung 21kg Front Load & Top Load Combo Washer with FlexWash, 21 kg washer & 12 kg dryer : WR24M9940KV/SP

Samsung 21kg Front Load & Top Load Combo Washer with FlexWash
Samsung 21kg Front Load & Top Load Combo Washer with FlexWash

Top and front boleh masuk kain sebab tu nama dia flexwash. Ada dryer sekali. Tapi harga mandilah..

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

2. LG TWINWash™ Inverter Washing Machine 18/10KG

LG TWINWash™ Inverter Washing Machine 18/10KG
LG TWINWash™ Inverter Washing Machine 18/10KG

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

3. Electrolux 10kg UltimateCare™ Front Load Washing Machine EWF1023BD

Electrolux 10kg UltimateCare™ Front Load Washing Machine EWF1023BD
Electrolux 10kg UltimateCare™ Front Load Washing Machine EWF1023BD

Yang ini bajet friendly mesin basuh bagi kategori mesin basuh terbaik.

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 


Okay jom tengok pula jenama mesin basuh yang terbaik 2020, popular dan mempunyai review yang baik di Lazada & Shopee untuk TOP LOADER :

1. Sharp 7kg Top Load Washer Full Auto Washing Machine

 

Sharp 7kg Top Load Washer Full Auto Washing Machine
Sharp 7kg Top Load Washer Full Auto Washing Machine

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

2. LG Washing Machine T2311VS2M 11KG Inverter Washer T2311

LG Washing Machine T2311VS2M 11KG Inverter Washer T2311
LG Washing Machine T2311VS2M 11KG Inverter Washer T2311

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

3. Hisense 7.5KG Washing Machine Top Load WTDW751S

Hisense 7.5KG Washing Machine Top Load WTDW751S
Hisense 7.5KG Washing Machine Top Load WTDW751S

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

4. Samsung 7kg Fully Automated Washing Machine WA70H4000SG/FQ

Samsung 7kg Fully Automated Washing Machine WA70H4000SG/FQ
Samsung 7kg Fully Automated Washing Machine WA70H4000SG/FQ

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

5. Midea MFW-801S Fully Auto Washing Machine 8.0kg

Midea MFW-801S Fully Auto Washing Machine 8.0kg
Midea MFW-801S Fully Auto Washing Machine 8.0kg

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

 


Okay jom tengok pula jenama mesin basuh terbaik 2020 yang popular dan mempunyai review yang baik di Lazada & Shopee untuk FRONT LOADER

1. Panasonic 10kg Front Load Washer

Panasonic 10kg Front Load Washer
Panasonic 10kg Front Load Washer

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

2. Samsung Front Load Washer With Digital Inverter 8.5KG

Samsung Front Load Washer With Digital Inverter 8.5KG
Samsung Front Load Washer With Digital Inverter 8.5KG

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

3. LG 10.5kg 6 Motion Direct Drive Washing Machine with Steam™ FC1450S4W

LG 10.5kg 6 Motion Direct Drive Washing Machine with Steam™ FC1450S4W
LG 10.5kg 6 Motion Direct Drive Washing Machine with Steam™ FC1450S4W

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

4. Electrolux 7.5kg Front Load Washing Machine EWF7525EQWA / EWF7525 Washer

Electrolux 7.5kg Front Load Washing Machine EWF7525EQWA / EWF7525 Washer
Electrolux 7.5kg Front Load Washing Machine EWF7525EQWA / EWF7525 Washer

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

5. Toshiba 7.5KG FRONT LOAD REAL INVERTER WASHER TW-BH85S2M

Toshiba 7.5KG FRONT LOAD REAL INVERTER WASHER TW-BH85S2M
Toshiba 7.5KG FRONT LOAD REAL INVERTER WASHER TW-BH85S2M

–> BELI DI LAZADA <–

–> BELI DI SHOPEE <–

 

Baca artikel sebelum ini disini Tips dan Panduan membeli Peti Sejuk (Refrigerator) terbaik mengikut jenis-jenis & PANDUAN LENGKAP MEMBELI TV, SPEFIKASI DAN RESOLUSI YANG TERBAIK


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •