PANDUAN LENGKAP MEMBELI TV, SPEFIKASI DAN RESOLUSI YANG TERBAIK

Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TV zaman dolu-dolu

Zaman sekarang ini semua orang memerlukan TV untuk menonton filem atau rancangan kegemaran. Memanglah sekarang ini banyak kandungan media boleh dilayari melalui telefon pintar, tetapi ‘feelnya’ tidak sama dengan menonton di kaca televisyen.

Skrin yang besar dan resolusi yang tinggi menjadikan tontonan sesuatu rancangan lebih bermakna jika menggunakan Televisyen. Nak-nak kalau televisyen anda bersaiz mega. Kepuasannya tidak tercapai dek akal.

Jarang-jarang pengguna mengkaji dulu apakah kehendak diri atau spefikasi yang diingini sebelum membeli sebuah TV. Kebiasaannya pengguna akan terus pergi ke kedai elektrik dan membandingkan harga serta saiz TV yang berada di atas rak pameran sambil bertanya kepada promoter kedai.

Tidak salah, tetapi lebih baik kita mengkaji dulu apakah spesifikasi yang dikehendaki oleh kita sebelum terus membeli di kedai-kedai peralatan elektrik.

Jom admin kongsikan panduan memilih TV yang sesuai.

Saiz Skrin

Mengikut kajian konsumer, saiz skrin adalah perkara yang paling penting bagi pengguna ketika menentukan TV pilihan mereka. Sudah tentu kita suka saiz TV yang besar kerana ia akan memberikan kita kepuasan seperti menonton di dalam panggung wayang.

Tetapi, semakin besar saiz semakin mahal harga sesebuah TV. Saiz TV yang besar juga tidak sesuai untuk ruang yang kecil.

Disini admin ingin berkongsi satu tips anggaran saiz TV yang diperlukan versus dengan keluasan ruang tamu.

Jika jarak sofa anda dengan kabinet TV anda adalah 96 inchi (2.5 meter), bahagikan dengan pemalar 1.6 dan anda akan dapat saiz TV yang diingini iaitu 60 inchi. (96 inchi / 1.6 = 60 inchi)

Sebaliknya jika anda ada TV anda bersaiz 32 inchi, darabkan dengan 1.6 anda akan dapat jarak minimum TV dari sofa iaitu 51.2 inchi (1.3 meter).

Jarak dari sofa ke TV dan saiz TV perlu diambil kira untuk kepuasan menonton yang maksimum

Saiz TV diukur secara diagonal iaitu dari bucu ke bucu dengan menggunakan inchi sebagai unit ukuran. Saiz televisyen yang ada di pasaran biasanya bermula dari 20 inchi sehingga 80 inchi.

Jika anda ada ruang dan bajet yang lebih, anda boleh memilih saiz TV yang lebih besar dan sebaliknya jika bajet dan ruang anda agak sempit, pilihlah TV yang bersaiz kecil.

Cara mengukur saiz TV adalah dengan mengukur dari hujung bucu ke hujung bucu TV

Resolusi

Imej yang dihasilkan oleh TV bergantung kepada spefikasi resolusi TV tersebut.

Semakin tinggi resolusi semakin cantik gambar yang dihasilkan. Resolusi yang tinggi membolehkan penonton melihat sesuatu objek dengan lebih jelas. Warna yang dihasilkan juga lebih jitu dan terang.

HD TV

Pernah dengar tentang TV 1080p? 1080p adalah TV Definisi Tinggi (High Definition, HD) yang paling biasa terdapat di pasaran. 1080p bermaksud TV tersebut mempunyai resolusi 1920 melintang x 1080 menegak yang membawa kepada lebih kurang 2 juta pixel bagi sesebuah TV. Pixel adalah dot-dot kecil yang jika digabungkan menjadi sebuah imej.  Semakin banyak pixel semakin baik imej yang dihasilkan.

UHD TV

TV Definisi Tinggi Ultra (Ultra High Definition, UHD) juga dipanggil 4K TV. Semakin hari semakin ramai yang menggunakan TV dengan resolusi 4K ini. Bagi TV ini resolusinya adalah sebanyak 3840 X 2160 menghasilkan 8 juta pixel.

Kepadatan pixel yang banyak didalam TV akan menghasilkan imej yang berkualiti membolehkan pengilang mengeluarkan TV bersaiz besar dengan resolusi yang tinggi.  Untuk siaran biasa seperti TV tempatan, masih belum ada lagi syarikat penyiaran yang menawarkan siaran mereka dalam bentuk 4K.

Tetapi sekarang sudah banyak kandungan drama, filem dan dokumentari yang ditawarkan dalam resolusi 4K terutamanya di Youtube, Netflix dan Amazon.

Satu lagi TV UHD yang sedang meningkat di pasaran adalah TV UHD yang juga digelar sebagai TV 8K dengan resolusi sebanyak 7680 x 4320 yang menghasilkan sebanyak 33 juta pixel.

Bayangkan 33 juta pixel dipadatkan di dalam sebuah TV, kadang-kadang kita macam tak percaya dengan imej yang dihasilkan kerana mata dan otak kita tidak dapat memproses imej yang dihasilkan kerana terlalu banyak cahaya yang masuk.

Sudah tentulah harga yang ada di pasaran sekarang untuk TV 8K adalah sangat mahal. Lagipun tidak banyak lagi kandungan media yang dihasilkan dalam bentuk 8K.

HDR (High Dynamic Range)

Jika anda inginkan gambar anda lebih hidup dan warna yang terang, anda haruslah mencari TV yang menyokong ciri-ciri HDR.

HDR akan menonjolkan lagi imej dengan menaikkan ‘contrast’ menjadikan seolah-olah imej itu hidup. Tapi bagi admin gambar yang terlalu hidup akan menyebabkan cinematografi sesebuah filem nampak palsu.

Seolah-olah imej itu bukan ditangkap oleh kamera. Terpulang kepada pengguna kerana lain orang lain cita rasanya kan. Boleh juga pengguna mematikan fungsi ini dibahagian tetapan (setting).

TV LED atau LCD TV?

LED bermaksud Light Emitting Diode (Diod pemancar cahaya) manakala LCD adalah Liquid Crystal Display (Paparan Cecair Kristal). LED adalah teknologi yang lebih baru daripada LCD. Sebelum adanya TV LED, pengeluar menggunakan teknologi LCD untuk membuat paparan skrin. TV LCD menggunakan lampu flurosent untuk menjana paparan manakala TV LED menggunakan Diod untuk menjana paparan. TV LED yang baik lebih terang, mempunyai kontras yang baik, menggunakan tenaga yang sedikit dan lebih nipis daripada TV LCD. Sebab itu TV di pasaran sekarang semakin nipis dari masa ke semasa.

Pilihan anda?

Banyak TV yang berada di pasaran kini yang menawarkan pelbagai ciri-ciri yang moden. Hampir 70 peratus pasaran TV pada masa kini menawarkan TV pintar (Smart TV) yang didalamnya sudah terbina kandungan media seperti Netflix, Iflix dan Amazon Prime.

Ada juga yang menawarkan laman mencari seperti Google dan Yahoo. Pengguna juga boleh menonton Youtube di TV bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Ada juga TV yang tidak dilengkapi dengan sistem TV Pintar. Kalau macam ini, anda perlu membeli satu set TV Box yang berasingan seperti Google Chormecast, Apple TV, Amazon Fire TV dan Roku player.

Dengan adanya TV Box ini, TV anda akan mempunyai sistem sebiji seperti TV Pintar (Smart TV).

Baca artikel 5 Android TV Box Terbaik disini

Ada juga TV yang menawarkan pembantu maya seperti Amazon Alexa dan Google Assistant. Pengguna hanya perlu memberi arahan melalui suara untuk menaikkan bunyi dan menukar siaran. Tidak perlu lagi untuk menggunakan alat kawalan kerana alat kawalan sering hilang bukan?

Sudah tentu untuk menggunakan TV pintar dan pembantu maya ini anda perlukan sambungan internet yang stabil dan laju.

Beli TV Box murah klik disini : Google Chormecast, Apple TV, Roku player. Amazon Fire TV,

Beli Pembantu Maya murah klik disini : Amazon Alexa, Google Assistant.

Smart TV. Menawarkan pelbagai aplikasi streaming seperti Netflix.

Sudut Penglihatan

Sudut penglihatan adalah sudut dimana pengguna dapat melihat dengan jelas kandungan media yang dipaparkan di TV. Sudah tentu kandungan media akan lebih jelas apabila pengguna duduk lurus berhadapan dengan TV.

Jika anda ingin melihat kandungan TV dari sudut kiri atau kanan, carilah TV yang menawarkan spefikasi ‘IPS’ ( In-plane switching) dimana IPS ini akan membolehkan anda melihat kandungan TV dari mana-mana sudut.

TV OLED dan QLED juga menawarkan ciri-ciri dimana pengguna boleh melihat kandungan media yang dipaparkan dimana-mana sudut. Jika anda sering mengubah kedudukan sofa anda, ciri-ciri ini amat penting bagi membolehkan anda melihat TV dari pelbagai sudut.

Kadang kala, semasa di kedai, kandungan media yang dipaparkan adalah sangat kebabom, cun melecun dan boleh dilihat dari pelbagai sudut.

Sampai di rumah, gambar atau media yang dipaparkan tidaklah seindah ketika di kedai. Ini kerana, di kedai ketetapan bagi kecerahan dan warna gambar telah telah dinaikkan sehingga menjadikan ia tidak ‘natural’ untuk menarik para pembeli.

Oleh itu, wajar bagi pengguna untuk terus segera melaraskan ketetapan (setting) sebaik sahaja TV sampai di rumah. Jika tidak berpuas hati, bolehlah tukar kepada TV yang baru. Sebelum membeli pastikan anda bertanya tentang syarat pemulangan balik barang yang telah dibeli.

Menyokong DVB-T2

Sekarang ini Malaysia akan beralih kepada siaran digital sepenuhnya. Bermakna tiada lagi siaran analog yang bakal ditamatkan secara peringkat demi peringkat menjelang tahun 2020.

Bagi TV jenis lama, pengguna terpaksa membeli satu set dekoder DVB-T2 untuk menyokong siaran digital ini. Tetapi bagi kebanyakkan TV baru, mereka telah dilengkapi dengan DVB-T2 ini secara dalaman (built-in).

Pengguna hanya perlu membeli antena digital dan cucuk dibelakang TV. Kenapa berebut sangat nak siaran digital? Siaran digital ini memaparkan imej dan suara yang lebih ‘umphh’ dari siaran analog.

Siapa tak nak kan. Nak tahu TV tersebut menyokong DVB-T2 atau tidak, tengok pada spefikasi atau label TV yang ada tertulis IDTV atau DTTV.

Beli DVB-T2 dekoder murah klik disini : DVB-T2

Dekoder DVB-T2 (Sumber : myFreeview.tv)

HDMI Terminal (Port)

Salah satu ciri yang penting juga adalah berapa banyak HDMI port yang tersedia di TV yang bakal anda beli.

Carilah TV yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga HDMI port kerana kebanyakkan peranti seperti Astro, Konsol Game, Audio Bar, Laptop atau Computer menggunakan port HDMI untuk beroperasi.

Pastikan juga port HDMI TV tersebut adalah tertulis ARC (Audio Return Channel) yang bermaksud kabel HDMI tersebut berupaya menghantar bunyi dan gambar dalam satu kabel.

Untuk TV UHD (Ultra High Definition), cari kabel yang menyokong sekurang-kurangnya HDMI 2.0 bagi membolehkan TV anda mengeluarkan imej yang superb!

Beli audiobar murah klik disini : Audio Bar,

Beli Kabel HDMI 2.0 murah klik disini : HDMI 2.0

Pilihlah TV yang mempunyai HDMI port yang banyak. Jangan beli yang ada satu sahaja.

Kadar Frekuensi atau Refresh Rate

Dalam membeli TV yang disukai, harus juga pengguna melihat kepada Refresh Rate yang ditawarkan. Refresh rate ini diwakili oleh simbol Hz atau herzt. TV yang berada dipasaran biasanya mempunyai refresh rate 60Hz, 120Hz, 240Hz dan 480Hz. Kebiasaaanya semakin tinggi kadar refresh rate semakin licin gambar yang dihasilkan. Contohnya, TV tersebut mempunyai refresh rate sebanyak 60Hz, maka dalam satu saat terdapat 60 gambar yang akan dipaparkan di skrin TV. Semakin banyak gambar dan semakin tinggi refresh rate cerita yang ditonton tidak akan tersekat-sekat terutamanya jika melihat filem yang banyak adegan aksi seperti Transformers. Kebanyakkan pengeluar TV atau penjual TV tidak menyatakan dengan jelas frekuensi pada spefikasi TV tersebut. Mereka menggantikan dengan nama seperti berikut : Samsung – Motion Rate, Sony – Motion Flow XR, LG – TruMotion, Toshiba – Clear Frame. Sebagai panduan anda boleh lihat info dibawah :

Samsung – Motion Rate 240 = 120Hz
Sony – Motion Flow XR 1440 = 120Hz
LG – TruMotion 240 = Refresh Rate 120Hz
Toshiba – Clear Frame 120 = 120Hz

Beza antara TV Android dan Smart TV

Kelebihan Smart TV:
– Dia guna close OS (Operating system) maksudnya dia punya OS mungkin lambat update atau less update atau takkan update langsung.
– Interface yang lebih simple, Ada netflix, youtube dan facebook. Aplikasi yang simple2 sahaja. Sesuai untuk orang yang tak nak pening2.
– Banyak brand yang buat smart TV
– senang nk set up.
-Limited aplikasi

Kelebihan Android TV
– Guna open OS macam Smartphone Android. Update ikut version Android. Paling latest sekarang Android 11. Android kepunyaan Google
– Aplikasi yang banyak untuk didonwload.
– Interface yang kompleks sedikit
– tak banyak brand yang buat android TV.

Perlu diingat kalau nak beli Android TV kena tengok ram dan rom dia dan cari yang google certified sebab utk update aplikasi tak macam smartphone, pengeluar TV kena bayar dekat google utk update.

Kalau nak jimat cost, beli sahaja android box dan pasang pada TV biasa (Anda dah dapat Android TV)

Jenama TV TERBAIK di Malaysia ?

Ada banyak jenama TV terbaik yang ada dipasaran seperti Samsung, LG, Hisense, Toshiba, Sony, Sharp, dan Panasonic. Admin tidak ada pilihan jenama yang disukai tetapi lebih kepada spefikasi yang ditawarkan berbanding harga dan jaminan (warranty) yang diberikan oleh pengilang atau peruncit. Lain jenama lain teknologi yang ditawarkan, pengguna harus bijak memilih TV berdasarkan spefikasi yang diterangkan diatas.

Beli TV secara ONLINE ? (Atas talian)

Selamat ke kalau kita beli online? Bagi kami perkara yang paling utama adalah melihat rating yang diberi oleh pembeli. Semakin tinggi rating semakin ‘trusted’ seller tersebut. Untuk waranti, pastikan paling kurang waranti selama setahun diberikan oleh seller. Harga pun lebih murah dari kedai biasa. Selamat membeli.

Oh ye, kalau nak TV yang berkualti dan tahan lama, nak pakai lama,  pastu bajet pun masyuk boleh pilih 4 jenama TV yang terkenal ini iaitu, Samsung, Sony, Panasonic dan LG. Skrol kebawah untuk maklumat lanjut.

Tempat beli TV murah ?

Perkara ini agak subjektif. Kadang-kadang ada kedai diluar sana yang menawarkan diskaun untuk menghabiskan stok atau model lama dan lebih murah dari kedai online. Tempat beli TV murah ni kadang-kadang terpulang pada rezeki masing-masing. Masa kita pergi bulan lepas harga masih mahal, bila kita dah beli harga pula turun. Secara amnya, untuk mendapat TV murah dan ada diskaun beli semasa musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau akhir tahun. Untuk beli secara online pula, tunggu ketika laman membeli belah online tersebut membuat promosi seperti 7.7 , 8.8, 9.9 ke atau hari elektronik.

Baca artikel yang lain : Iphone : Kelebihan yang tiada pada peranti yang lain

Senarai Smart dan Android TV yang OK, mempunyai ulasan yang baik dan tak mahal sangat (klik link atau gambar ) :

MI 32 Inch LED
MI 32 Inch LED

–> BELI DI LAZADA <–

Hisense TV 55 55B7100 Smart 4K UHD
Hisense TV 55 55B7100 Smart 4K UHD

–> BELI DI LAZADA <–

 4K Smart LED TV Terbaik
Hisense 55″ 4K SMART LED TV 55E6F

–> BELI DI LAZADA <–

Philips 43 inch SMART LED TV Full HD 1080p
Philips 43 inch SMART LED TV Full HD 1080p

–> BELI DI LAZADA <–

Pilihan yang puas hati : Philips 65 inch SMART LED TV 65PUT6023S 4K UHD WIFI Internet TV support DIGITAL MYTV FREEVIEW DVB-T2

Philips 65 inch SMART LED TV
Philips 65 inch SMART LED TV

–> BELI DI LAZADA <–

LG TV 49UM7290PTD 49 HDR Smart UHD TV 49UM7290

LG TV 49UM7290PTD 49 HDR Smart UHD TV
LG TV 49UM7290PTD 49 HDR Smart UHD TV

–> BELI DI LAZADA <–

Samsung 55 Inch UHD Smart 4K TV UA55RU7100KXXM / UA-55RU7100KXXM

1. Samsung 55 Inch UHD Smart 4K TV UA55RU7100KXXM / UA-55RU7100KXXM
1. Samsung 55 Inch UHD Smart 4K TV UA55RU7100KXXM / UA-55RU7100KXXM

–> BELI DI LAZADA <–

Sony 55 Inch Ultra HD LED Smart TV 4K / Android TV KD-55X8000G / KD55X8000G

2. Sony 55 Inch Ultra HD LED Smart TV 4K / Android TV KD-55X8000G / KD55X8000G
2. Sony 55 Inch Ultra HD LED Smart TV 4K / Android TV KD-55X8000G / KD55X8000G

–> BELI DI LAZADA <–

Jom kita lihat pula 10 TV Popular di Shopee :

1.Samsung 49″ Curved Smart 4K UHD LED TV UA49RU7300KXXM UA49RU7300

Samsung 49"
Samsung 49″

–> BELI DI SHOPEE <–

2. SONY 49 INCH 4K SMART TV

Sony KD49X7000 49"
Sony KD49X7000 49″

–> BELI DI SHOPEE <–

3.Philips 50PUT6004/68 50 Inch 4K Ultra HD SMART TV 50PUT6004

Philips 50 Inch 4K Ultra HD
Philips 50 Inch 4K Ultra HD

–> BELI DI SHOPEE <–

4. Toshiba Cevo 4K UHD Smart TV With Android

Toshiba 4K UHD
Toshiba 4K UHD

–> BELI DI SHOPEE <–

5. Sharp 4K UHD Easy Smart TV (60″) 4TC60AH1X

SHARP 60" 4K UHD
SHARP 60″ 4K UHD

–> BELI DI SHOPEE <–

6. Panasonic TH-40G300 FHD TV 40 INCH LED

Panasonic TH-40G300K
Panasonic TH-40G300K

–> BELI DI SHOPEE <–

7. Haier 50inch 4K UHD Series LED TV LE50B9600U with DTV DVBT2 LE50B9600

Haier 50inch 4K UHD
Haier 50inch 4K UHD

–> BELI DI SHOPEE <–

8. Hisense 55″ 4K SMART LED TV 55E6F

Hisense 49" Full HD
Hisense 49″ Full HD

–> BELI DI SHOPEE <–

9. Philips 50 Inch 4K Ultra HD UHD HDR SMART TV

Philips Smart 4K TV 50"
Philips Smart 4K TV 50″

–> BELI DI SHOPEE <–

10. XiaoMi Mi LED 4K Android Smart TV 43 Inch UHD

XiaoMi Mi LED 4K Android Smart TV 43 Inch UHD
XiaoMi Mi LED 4K Android Smart TV 43 Inch UHD

–> BELI DI SHOPEE <–

Jom kita tengok Smart TV 4K terbaik yang paling terkini :

1. Hisense 4K ULED U800QF Series :

TV Smart 4K terbaik : Hisense 4K ULED U800QF Series
TV Smart 4K terbaik : Hisense 4K ULED U800QF Series

–> BELI DI LAZADA <–

2. LG 55” CX OLED Cinema HDR Smart UHD TV with AI ThinQ®

TV Smart 4K terbaik : LG 55'' CX OLED Cinema HDR Smart UHD TV with AI ThinQ®
TV Smart 4K terbaik : LG 55” CX OLED Cinema HDR Smart UHD TV with AI ThinQ®

–> BELI DI LAZADA <–

3. Samsung 50 Inch TU7000 4K UHD Smart LED TV

TV Smart 4K terbaik Samsung 55-inch TU8500 4K UHD Smart TV
TV Smart 4K terbaik Samsung 55-inch TU8500 4K UHD Smart TV

–> BELI DI LAZADA <–

4. Panasonic Oled TV TH65FZ950K 65 4K Pro Ultra HD Smart TV

TV Smart 4K terbaik Panasonic 55-inch GZ1000 OLED 4k Pro UHD HDR Smart TV
TV Smart 4K terbaik Panasonic 55-inch GZ1000 OLED 4k Pro UHD HDR Smart TV

–> BELI DI LAZADA <–

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.

Baca tentang Panduan, tips dan cara beli Aircond Rumah Terbaik


Kongsi Artikel ini :
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •